Feature Top (Full Width)

Friday, March 4, 2011

AL-KISAH PRK IPG KAMPUS ILMU KHAS 2011. .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

السلام عليكم





Kain rentang pemberitahuan PRK 2011 dinaikkan sebagai hebahan awal kepada semua warga IPG IK.
Melalui laman sosial FACEBOOK, portal SUARA KOMUNITI ILMU KHAS membuka ruang kepada semua guru pelatih untuk masuk bertanding sebagai calon bagi setiap Exco JPP dengan memberikan pautan terus ke PORTAL RASMI IPG IK  untuk memuat turun borang pencalonan atau mendapatkannya terus dari pihak HEP. 





Permohonan sebagai calon ditutup pada 18 FEB 2011. Taklimat kepada semua calon, pencadang dan penyokong telah diberikan pada 21 FEB 2011, sebagai pemberitahuan, calon-calon yang akan bertanding serta menang tanpa bertanding. Bagi calon yang akan bertanding, mereka dikehendaki membuat poster serta diberikan taklimat mengenai kempen dan manifesto.


"UKHUWWAH MEMBENTUK KOMUNITI !"
CALON EXCO LUAR KAMPUS, AHMED ASYRAFF KETIKA MANFESTO KECIL YANG BERTEMPAT DI SUDUT SEMANGAT GURU, KAFETERIA IPG IK.
 CALON EXCO MULTIMEDIA & SIARAYA, ANIS NURSHAFIRA



PERANG POSTER ADA DI MANA-MANA !










MANIFESTO RASMI diadakan pada 25 FEB 2011 di Dewan Dato' Razali Ismail, jam 9 malam. Beberapa orang pensyarah, penghuni kolej kediaman serta guru pelatih dari luar kampus turut memeriahkan suasana pada sesi pembentangan manifesto setiap calon yang bertanding pada malam tersebut.
Dari kiri : En. Adam, En. Yusri, Dr. Rorlinda dan En. Azhar.


Pembentangan Manifesto dari calon Exco Kebajikan & Sosial,
Muhammad Syaraff Alwi
 
Gelagat penghuni kolej kediaman Aman
Antara pelajar luar kampus yang hadir memeriahkan suasana.
 "JANGAN SUSAHKAN BENDA YANG SENANG !"
CALON EXCO LUAR KAMPUS, MUHAMMAD HALIM SALLEH
 
 "MASALAH ANDA, TANGGUNGJAWAB SAYA!"
CALON EXCO MULTIMEDIA & SIARAYA,
SYAZWAN YAHAYA

Pada sesi pembentangan manifesto, guru pelatih diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada calon akan skop bidang tugas serta perkara-perkara yang berkaitan. 

 


 


Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba ! Hari pembuangan undi, 28 FEB 2011, bertempat di Dewan Dato' Razali Ismail. Semua guru pelatih diberi hak untuk memilih pemimpin mereka sendiri melalui sistem demokrasi yang dilaksanakan, dengan cara undian, kecuali guru pelatih semester 7 yang sedang berpraktikum.





Setelah kiraan undi dibuat, berikut adalah senarai pemenang bagi setiap jawatan yang dipertandingkan :

BENDAHARI AGUNG KEHORMAT :
Liyana Izzati.

PENGERUSI EXCO KEBAJIKAN & SOSIAL :
Muhammad Syaraff bin Alwi.
 
PENGERUSI EXCO KEROHANIAN :
Muhammad bin Ibrahim

PENGERUSI EXCO LUAR KAMPUS :
Ahmed Asyraff bin Abd. Wahid

PENGERUSI EXCO KOLEJ KEDIAMAN :
Ahmad Najmi bin Shubri

PENGERUSI EXCO MULTIMEDIA & SIARAYA :
Anis Nurshafira.

Berikut pula adalah senarai calon yang menang tanpa bertanding :

YANG DI PERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR :
Mohd. Huzaifi bin Sulaiman.

NAIB YANG DI PERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR :
Nur Amirah binti Amiruddin.

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT :
Amir Ikhwanuddin bin Sharifuddin.

NAIB SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT :
Siti Khalilah binti Abdul Rahman.

PENGERUSI EXCO PERHUBUNGAN LUAR :
Muhammad Fahrudin bin Fazain.

PENGERUSI EXCO SUKAN :
Nazri bin Kalam.

PENGERUSI EXCO MAKANAN :
Zuriani binti Dahman.

PENGERUSI EXCO PENERBITAN :
Asrul Bin Samat.

PENGERUSI EXCO KEBUDAYAAN, KESENIAN & KESUSASTERAAN :
Muhammad Irfan bin Abdul Manaf.






 

6 comments:

M. Huzaifi said...

Ya Allah...permudahkanlah urusan kami..

WMIWY's said...

tahniah kepada semua yg berjaya....

Izaty said...

firman Allah di dalam al-quran.

Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah. Para malaikat serentak berkata, Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjung-Mu dan mensucikan-Mu? Seraya Allah menjawab, Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

slamat bertugas;)
smga urusan kalian dipermudahkan.

~SYAR M E E Z E~ said...

Salam..
kepada semua jpp 2011/ 2013, slmt menjlnkan tanggungjwb anda sebg pemimpin. Ingatlah, bila anda menjdi pemimpin ia bukan suatu kerja yg senang, bkn sekadar utk mendpt nama, pangkat dan sebagainya ttp anda diberi amanah yg berat, jika anda tdk melaksanakannya, kelak akn dpsoalkan.. Jadi lakukn tanggungjwb dgn bersungguh2, naikkn nama organisasi anda dgn baik, berfikirla diluar kotak, tiada perkara yg mustahil ddunia ini, kita mampu mengubah, yg penting semangat dan kkuatan yg ada pd diri kita, pptah arab pernah berkata ketamadunan ssuatu bangsa bgantung pd pemuda n pmudinya, jd uatlah satu perubhn demi masa dpn IPG ini.. syabas sy ucpkan kpd anda krn berani menyahut tanggungjwb ini, gd luck.. :-)

K I R I M A R U~ said...

gud luck~ =)

aquatiq said...

bla nk ganti carta organisasi??