“Striving for success without hard work is like trying to harvest where you haven't planted.” - David Bly
Feature Top (Full Width)
Sunday, May 18, 2014
Monday, April 14, 2014
Perhimpunan Bulanan April 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Perhimpunan Bulanan IPIK bagi bulan April telah diadakan
pada 8 April 2014. Perhimpunan ini telah dikelolakan oleh para pelajar PPISMP
Semester 2 dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah dari dua jabatan iaitu
Jabatan Matematik dan Sains, dan juga Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme
Keguruan. Tema yang telah dipilih bagi perhimpunan pada kali ini ialah “Simbiosis:
Keakraban Interaksi”. Tema ini secara amnya membawa maksud kerjasama antara dua
pihak yang membawa kepada keuntungan dan saling melengkapi. Secara khususnya
pula, tema ini menceritakan tentang kerjasama yang telah dijalankan oleh kedua-dua
jabatan ini bagi merealisasikan perhimpunan bulanan IPIK pada kali ini.
Ketibaan tuan Pengarah pada hari tersebut telah diiringi
oleh iringan "live band" yang terdiri daripada pelajar-pelajar
Semester 2 Jabatan Pendidikan Muzik. Setelah nyanyian lagu "Negaraku"
dan bacaan ikrar rukunegara, majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada
Ketua Jabatan Matematik dan Sains, Puan Hajah Khalidah binti Othman.
Setelah
itu, majlis diteruskan dengan ucapan mesra oleh Timbalan Pengarah IPIK yang
baru iaitu Dr. Roziah binti Abdullah. Dalam ucapannya, beliau telah menegur
tentang budaya memberi salam yang kurang diamalkan di kampus ini. selain itu
juga, beliau telah memberikan penerangan yang mendalam tentang aspek berpakaian
yang betul bagi seorang guru pelatih. Dalam ucapannya juga, beliau telah
mewajibkan pemakaian kad matriks dan tanda nama ketika berada di dalam kampus
bagi mengatasi masalah kehilangan barangan berharga yang akan berkuatkuasa pada
minggu hadapan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan Pengarah.
Dalam ucapannya, beliau telah mengumumkan nama empat orang pensyarah yang telah
berjaya melayakkan diri sebagai penerima anugerah "Pensyarah Cemerlang".
Beliau juga turut mengumumkan bahawa bermula pada 14 April ini akan diadakan temuduga
dan ujian kecergasan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang memohon untuk
melanjutkan pelajarn di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Dalam slot Pengucapan Awam pula, Mohamad Hanis bin Harani
dari kelas G3.8 dan juga Wan Muhamad Fahmi bin Wan Marzuki dari kelas G2.9
telah mengetengahkan topik bertajuk teknologi dan kepentingannya.Mereka turut menyentuh tentangkepntingan teknologi kepada para pelajar. Kemudian,
perhimpunan disusuli dengan persembahan daripada pelajar-pelajar
Semester 2 Jabatan Pendidikan Muzik dengan lagunya “Laskar Pelangi”. Setelah
itu, acara penyampaian sumbangan kepada para-pelajar yang ditimpa musibah telah
diadakan, seterusnya mengakhiri perhimpunan bulanan IPIK bagi bulan April ini.
Wednesday, March 12, 2014
Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pada 4 Mac 2014 yang lalu, perhimpunan bulanan IPGKIK bagi bulan Mac telah berjaya dianjurkan dengan tema " Bertonggak Pemodenan, Hidup dikandung Adat". Perhimpunan tersebut telah dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu.
Secara umumnya, tema yang dibawakan pada kali ini menyentuh tentang kelangsungan adat dan tradisi yang semakin pudar marcapada ini dimana ia tidak seharusnya berlaku. Maka, pada perhimpunan ini, warga IPGKIK telah dapat menyaksikan pertembungan dua zaman ketika persembahan diadakan. Pertembungan yang dimaksudkan ialah diantara muzik moden dan tradisional. Pada hari tesebut, buat julung-julung kalinya para hadirin telah dihidangkan dengan persembahan mantap dikir barat yang diselang-selikan dengan persembahan muzik moden daripada pelajar-pelajar IPGKIK.
Satu slot baru juga telah diperkenalkan dalam perhimpunan tersebut iaitu slot pengucapan awam. Slot ini telah diwujudkan bagi memberikan peluang kepada para pelajar di institut ini untuk berkongsi idea mahupun melahirkan buah fikiran mereka dengan cara yang terbuka dan berhemah. Pengucapan awam ini diadakan di dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Selain itu, penyampaian anugerah turut diadakan bagi menghargai jasa para pensyarah dan juga pelajar yang telah mengharumkan nama institut dalam pelbagai bidang.
Dalam perhimpunan tersebut juga, satu majlis yang begitu signifikan telah diadakan iatu majlis penyampaian watikah perlantikan kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2014/2015 yang telah pun dipilih ketika Pilihanraya Kampus tempoh hari. Berikut merupakan momen-momen ketika majlis tersebut diadakan:
![]() |
bacaan ikrar JPP |
![]() |
Ucapan YDP JPP |
Diharapkan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru ini dapat membantu memacu institut ke arah yang lebih baik dan mapan. Selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah terpilih! ^_^
Sumbangan Untuk Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Untuk pengetahuan semua, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas sedang menjalankan program bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, iaitu sekolah untuk pelajar-pelajar miskin dan gelandangan. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 6 tahun sehingga remaja berusia 20 tahun. Program ini akan berlangsung sehingga esok, 13 Mac 2014 (Khamis).
Justeru, pihak institut ingin menyeru kepada para guru pelatih sekalian untuk menghulurkan sumbangan buat mereka. Sebarang sumbangan berbentuk wang ringgit, pakaian, mainan, mahupun barang-barang harian seperti berus gigi, beg, syampu, dan sebagainya adalah amat dialu-alukan. Segala sumbangan perlu diserahkan pada pagi esok 13 Mac 2014 di Jabatan Teknologi Maklumat kerana pada petang harinya akan diadakan majlis penutupan program dan segala sumbangan akan disampaikan dalam majlis tersebut.
Marilah sama-sama menyumbang bagi meringankan beban para pelajar ini, supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sumbangan kecil yang anda hulurkan, amat besar ertinya buat mereka.
Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Jadi apa tunggu lagi? Marilah menderma! Insya-Allah, takkan rugi punyaaa.. ^_^
Wednesday, January 15, 2014
Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2013/2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dimaklumkan bahawa JPP IPGK Ilmu Khas sesi 2013/2014 dibubarkan berkuatkuasa dengan rasminya pada 15 Januari 2014 (Rabu). Sehubungan itu, kami daripada barisan JPP IPGK Ilmu Khas sesi 2013/14 memohon maaf kepada seluruh warga IPGKIK di atas segala kesilapan selama berada dalam barisan kepimpinan ini dan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh warga kampus.
Sekian. Terima kasih.
Tuesday, January 14, 2014
Salam Maulidur Rasul
Assalamualaikum
w.b.t dan salam sejahtera.
Pada
kesempatan ini Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W. 12 Rabiul Awal
1435H bersamaan 14 Januari 2014 Masihi.
Menyambut
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W adalah satu cara untuk memperingati baginda dan
untuk menyatakan kasih sayang kepada baginda yang telah meninggalkan kita 1400
tahun dahulu. Pengorbanan baginda kepada umatnya sangat banyak. Sehinggakan
ketika akhir hayat baginda S.A.W, baginda menyebut “ummati, ummati, ummati” (umatku,umatku,umatku). Betapa risaunya
baginda terhadap umatnya yang tidak mempunyai seorang nabi dan rasul sebagai
panduan. Tetapi baginda S.A.W tidak pergi meninggalkan kita begitu sahaja, sebelum
baginda wafat baginda telah mengumpulkan seluruh penduduk Mekah yang menunaikan
haji bersama baginda. Ketika itu baginda S.A.W telah menyampaikan khutbah yang
terakhir baginda kepada umatnya iaitu khutbah Wida’ (Khutbah Perpisahan) . “Wahai
manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu
harta-harta saudara kamu melainkan dengan keredhaan daripadanya. Adakah aku
sudah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah saksikanlah. Janganlah kamu berpatah
balik kepada kufur selepas aku, kamu berbunuhan di antara kamu. Sesungguhnya
aku sudah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang dengan peninggalan ini
kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Baginda menyebut lagi dalam
khutbah wada’ ini “setiap yang hadir dikalangan kamu hendaklah dia menyampaikan
kepada yang tidak hadir ".
Baginda
telah mengamanahkan kepada penduduk Mekah ketika itu yang terdiri daripada para
sahabat baginda agar menyampaikan amanah tersebut kepada mereka yang tidak
hadir ketika itu termasuk kita yang berada di abad ke-21. Melalui amanah
baginda tersebut, islam pada hari ini telah tersebar luas ke serata dunia.
Semasa kehidupan baginda, baginda adalah seorang rasul yang mulia dan Allah
S.W.T telah menggolongkan baginda dalam kalangan nabi ulu a’zmi iaitu nabi yang
paling banyak menerima ujian dan mehnah sepanjang kehidupan baginda. Sesuai
dengan tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan
Ummah” yang menerapkan nilai kesederhanaan dalam kehidupan masyarakat pada hari
ini. Nilai kesederhanan ini perlu ada dalam diri setiap individu, agar golongan
kaya tidak selamanya kaya dan golongan miskin tidak selamanya miskin. Golongan
yang berkemampuan dan cukup syarat untuk bayar zakat, perlu bayar zakat untuk
mensucikan harta justeru mengelakkan golongan kurang berkemampuan tertindas.
Kita
sebagai pendidik pada hari ini perlu mencontohi akhlak baginda S.A.W agar
kerjaya mulia ini dipandang tinggi oleh masyarakat. Baginda merupakan seorang
pendidik yang boleh dijadikan contoh kerana dalam diri baginda itu ada contoh
tauladan yang baik. Baginda menggunakan kaedah pengajaran yang sangat baik,
baginda menyampaikan ilmu penuh berhemah dan kebijaksanaan. Baginda tidak
pernah memarahi atau memukul sesiapa sahaja, bahkan baginda amat menyayangi golongan
yang lemah seperti orang tua, wanita, dan kanak-kanak. Ayat yang pertama turun
kepada baginda adalah “Iqra” (bacalah).
Allah S.W.T menurunkan ayat ini kepada baginda S.A.W agar kita semua
memperbanyakkan membaca Al-quran kerana Allah S.W.T menurunkan Al-quran itu untuk
hambanya berfikir. Dalam Al-quran terlalu banyak nasihat dan pengajaran untuk
kita ambil dan amalkan. Selain daripada itu, membaca buku-buku yang bermanfaat
juga dapat menjadikan kita berfikiran kreatif dan kritis serta tidak jumud dalam
membuat keputusan.
Akhir
kalam, marilah kita semua memperbanyakkan selawat kepada baginda S.A.W. di mana
sahaja kita berada. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “sesiapa yang berselawat
kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan 1 selawat, Allah dan para malaikat akan
berselawat kepadanya 10 kali. Lihatlah betapa tingginya nilai sekecil-kecil
amalan iaitu berselawat kepada baginda S.A.W., tidak dikira lagi dengan pahala
kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang lain dan menyampaikan kepada orang
lain. Ilmu ibarat sebuah buah-buahan yang tumbuh segar, jika buah itu segar dan
dipetik, nescaya ia akan memberi manfaat tetapi jika buah itu tidak dipetik ia
akan buruk selama-lamanya dan tidak bermanfaat lagi. Sama seperti ilmu, jika
ilmu itu disampaikan ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan jika ilmu
itu tidak disampaikan dan disimpan untuk kegunaan sendiri maka ilmu itu
langsung tidak bermanfaat dan tidak akan tersebar luas. Ayuh sama-sama kita
pergi ke majlis ilmu, imarahkan lagi masjid dan surau kita agar umat yang
bersatu padu atas saf yang betul dan lurus akan melahirkan umat yang cemerlang
dan bermanfaat. Waubilllahi taufiq wallhidayah wasalamualaikum w.b.t.
Saturday, January 11, 2014
Makluman : Cuti Berganti Tahun 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa IPGKIK telah memohon cuti berganti untuk Tahun 2012 seperti jadual berikut. Semua pensyarah dan pelajar IPGKIK dipohon untuk mengambil maklum terhadap tarikh cuti berganti bagi melaksanakan kuliah berkaitan.
*sumber : http://www.ipik.edu.my/portal4/
Sukacita dimaklumkan bahawa IPGKIK telah memohon cuti berganti untuk Tahun 2012 seperti jadual berikut. Semua pensyarah dan pelajar IPGKIK dipohon untuk mengambil maklum terhadap tarikh cuti berganti bagi melaksanakan kuliah berkaitan.
** Tarikh cuti berganti adalah tertakluk kepada pindaan
*sumber : http://www.ipik.edu.my/portal4/
Subscribe to:
Posts (Atom)