selamat kembali warga IPG Ilmu Khas selepas bercuti dan berPBS bagi yang berPBS. kepulangan kita semua ke bumi ilmu khas kali ini diiringi dengan kesedihan apabila secara sahnya Puan Darawisah binti Sayuti ataupun Puan Dara tidak bersama-sama dengan kita lagi di sini setelah menamatkan khidmatnya kerana dinaikan pangkat untuk brkhidmat di IPG Induk kalau (kalau x silap). walaupun sedih tetapi sekalung tahniah kepada beliau kerana dinaikan pangkat.
Puan Dara yang dikenali dengan sikap ramahnya memang sukar untuk dicari ganti. Walabagaimanpun khidmat beliau amat diperlukan untuk meningkatkan lagi profesion keguruan di negara kita. ada gosip-gosip mengatakan tempat beliau akan diganti oleh timbalan pengarah dari IPDA. tapi itu hanyalah gosip semata-mata.
Di harap walaupun di mana Puan Darawisah berada, tetapi kami warga IPG IK tidak akan sesekali melupakan beliau. Akhir kata selamat maju jaya kepada PUAN DARAWISAH BINTI SAYAUTI!!!
Feature Top (Full Width)
Monday, March 29, 2010
Tuesday, March 16, 2010
Tuesday, March 2, 2010
InTerActiVe DaKwaH TraininG
marul, tikah, marziah, mutmainah dan atiq
Alhamdulillah..'Kursus Interactive Dakwah Training' yang bertemakan 'saya bangga menjadi muslim' telah berlangsung dengan jayanya pada 27-28 feb 2010 lepas. kursus ini dianjurkan oleh biro kerohanian JPP IPG KIK dengan kerjasama PERKIM Ampang. Kursus ini telah di sampaikan oleh Bro Lim Jooi Soon, Bro Amin dan Ustaz Kamarulzaman. segulung tahniah di ucapkan kepada pihak penganjur.
Seramai 45 orang peserta yang telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada IPIK, IPTHO, IPIP dan UM. Kursus ini dijalankan di dewan kuliah IPIK dan perjalanan kursus ini berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah yang rumit.
Akhir kata, tahniah kepada Biro Kerohanian dan semua Ajk yang terlibat dalam menjayakan program ini. dan tidak dilupakan pula jutaan terima kasih kepada para peserta.
wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)

