Feature Top (Full Width)

Wednesday, April 18, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2012


Kejohanan Olahraga Tahunan IPGM Kampus Ilmu Khas kali ke-52 akan diadakan mengikut ketetapan yang berikut:

Tarikh: 23-24 April 2012
Masa: 8 pagi-4 petang
Tempat: Stadium Mini Bandar Seri Permaisuri, Cheras

Pungutan mata setelah berakhirnya Sukantara :
Ikhlas : 1524
Kamil : 1493
Maju : 1295
Padu : 1257


Kepada atlet-atlet rumah sukan Maju, Padu, Ikhlas dan Kamil anda masih berpeluang untuk berusaha menaikkan pungutan mata bagi rumah sukan masing-masing. Pelajar-pelajar berilah sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan anda untuk menaikkan semangat mereka dalam acara-acara yang dipertandingkan.


Rumah manakah yang bakal menjadi JUARA KOT kali ke-52 ini?

Saturday, April 7, 2012

Baucer buku 1Malaysia


Seperti mana yang telah diketahui, semua pelajar IPG bagi tahun 2012 layak menerima baucer buku 1 Malaysia. Walaupun tarikh sah laku yang tertera pada baucer buku tersebut bertarikh 31 Mac 2012 namun tempoh sah Baucer Buku 1Malaysia telah dilanjutkan sehingga 30 April 2012. 



Kalau sebelum ini heboh bercerita tentang pelajar IPT mendapat baucer buku sebanyak RM200. Pelajar-pelajar IPG hanya mampu mendengar dan berharap 'alangkah bestnyer jika pelajar IPG pun mendapat baucer buku'. Dan apabila Tuan Pengarah mengumumkan pelajar-pelajar akan mendapat baucer buku juga, ramai yang gembira dan ada juga sesetengah pelajar yang berharap menukarkan baucer tersebut dalam bentuk wang ringgit. 

 Oleh itu, diharapkan pemberian baucer tersebut tidak disalahgunakan oleh pelajar-pelajar seperti menjualnya untuk mendapatkan wang tunai.Tindakan penerima bantuan baucer buku RM200 1Malaysia (BB1M) ini menjual dengan harga yang lebih murah dipelbagai platform di internet, semata-mata bagi mendapat tunai dengan segera, sebenarnya sudahpun berleluasa.

Pelbagai bahan bacaan dan alat tulis yang boleh dibeli oleh para pelajar seperti alat-alat untuk bahan bantu mengajar, buku-buku rujukan, gadjet-gadjet seperti hard-disk dan pendrive, dakwat printer dan lain-lain lagi. Mustahil jika tidak ada langsung buku yang ingin dibeli menggunakan baucer ni. Tak pun, belilah Al-Quran dan Terjemahan Rutham Uthmani.  Kalau nak cari Quran besar yang cantik siap penerangan tajwid dekat tepi dia pun ada. Memang mudah sangat nak dibawa ke mana-mana. Boleh menjadi rujukan sehingga akhir usia.

Bagus sebenarnya kerajaan bagi baucer daripada memberikannya dalam bentuk wang tunai. Sebabnya  jika diberikan duit untuk membeli buku, memang akan membeli  benda lain.  Nak tak nak, setiap orang akan membeli buku dan alat tulis. Maka akan lahirlah generasi membaca seperti ayat Quran yang pertama diturunkan kepada Rasulullah iaitu IQRA'


Kepada yang belum menggunakan baucer itu, gunakanlah sebaik-baiknyanya. Ingat, tarikh luput baucer adalah pada 30 April 2012. 


 

Friday, March 30, 2012

Kempen Earth Hour 2012


Pada hari sabtu minggu terakhir bulan Mac akan diadakan kempen Earth Hour disertai oleh semua penduduk Bumi di seluruh negara. Kita seringkali mendengar perkataan EARTH HOUR, dan bila di tanya apa itu earth hour, ramai yang akan menjawab bergelap selama sejam, tutup lampu. Namun apa sebenarnya tujuan earth hour ini dan bagaimana ianya bermula?



Tentang Earth Hour

Sejarah penubuhan Earth Hour ini bermula pada awal tahun 2007 , WWF-Australia yang di ilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk bertindak terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”.Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak , CEO dan tidak ketinggalan ahli politik mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami dengan cara tersendiri.


Dikatakan di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 permis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.

Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia pula. Oleh kerana kesan hebahan yang sangat hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.


Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.



Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm – 9.30 mlm


Marilah kita sama-sama menyokong usaha sebegini dalam memaksimumkan penggunaan elektrik  bagi menjaga keadaan bumi yang kian parah ini. Sebagai penduduk dunia yang prihatin, jom beramai-ramai menyokong kempen EARTH HOUR.