Feature Top (Full Width)

Wednesday, July 24, 2013

Festival Borneo IPG Kampus Ilmu Khas


Salam perpaduan...
Meriah dan penuh warna warni, itulah kata-kata yang paling sesuai untuk mengungkapkan kemeriahan Festival Borneo yang telahpun berjaya dilangsungkan pada 29 Jun 2013 yang lalu. Festival yang bersifat kebudayaan masyarakat negeri Sabah dan Sarawak ini adalah merupakan kelolaan Biro Kesenian dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKIK dengan kerjasama Jabatan Pengajian Sosial IPGKIK serta dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Sosial, En. Ritzuan Bin Baharin.
Bertemakan sambutan Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan, Festival Borneo ini telahpun berlangsung selama satu hari bertempat di Dewan Dato’ Razali Ismail IPGKIK bermula jam 2.30 petang sehingga 11.00 malam. Pada sebelah petang, pameran kebudayaan yang mewakili kedua-dua buah negeri dimana ia dilihat mampu memberikan input kepada tetamu yang datang ke pameran tersebut. Malamnya pula berlangsung Majlis Makan Malam Perdana Festival Borneo yang turut menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan, pertandingan pakaian beragam serta cabutan bertuah yang penuh kemeriahan dan warna warni. Uniknya, majlis makan malam ini juga turut menyediakan pelbagai juadah yang dibawa khas dari negeri Sabah Dan Sarawak.                                                      



                                                       

“kesenian bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitan dengan hiburan, kesusasteraan, muzik dan perkara-perkara yang bersifat ‘non technology’. Ianya boleh menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul.” – En. Ritzuan Baharin

Festival yang dihadiri sekurang-kurangnya 250 orang tetamu termasuk para pensyarah dan pelajar ini juga dilihat sebagai satu landasan yang penting kepada warga IPGKIK untuk mewujudkan kesatuan dan persefahaman antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga berupaya untuk dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar untuk lebih mengenali adat serta budaya masyarakat Sabah Sarawak.

Semoga dengan terlaksananya festival ini, ianya dapat mengukuhkan lagin perpaduan serta persefahaman seluruh warga IPGKIK di dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni.





Exco Kesenian dan Kebudayaan 
JPP IPGKIK

Thursday, July 11, 2013

#PERKONGSIAN 1: PEMIMPIN

Assalakualaikum dan salam sejahtera... Pemimpin mesti mampu mempengaruhi tingkahlaku orang lain,bersama mencapai matlamat organisasi & mengekalkan perpaduan.

 "A good leader is a good follower".

Pemimpin memiliki 3K= Kepercayaan, kualiti, keyakinan.

 Pengurus vs Pemimpin:
- Pengurus mentadbir, pemimpin memperbaharui
- Pengurus meniru idea, pemimpin memberi idea
- Pengurus fokus kepada sistem, pemimpin fokus kepada ahlinya
- Pengurus mengawal, pemimpin membina kepercayaan


  "Berkerjalah bersama saya, bukan berkerja untuk saya"
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, Y.A.B Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi



Wednesday, July 10, 2013

PERJUMPAAN ANTARA JPP & AJK EXCO

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Satu pertemuan antara JPP dan AJK setiap exco JPP telah diadakan pada 8 Julai 2013 bertempat di Dewan Kuliah, IPGKIK. Pertemuan ini adalah untuk kali pertama sepanjang sesi penggal 2013/14 yang juga bertujuan untuk bersuai kenal serta memantapkan organisasi setiap exco.

Pada pertemuan kali ini juga, YDP, Muhammad Syaraff bin Alwi telah menekankan semangat bekerja dalam pasukan kerana setiap AJK exco JPP adalah merupakan cerminan kepada JPP itu sendiri.


Pada perjumpaan kali ini jugak, YDP meminta setiap Exco untuk mengemukakan perancangan biro yang  dijangka akan berlansung pada semester ini. Perkara ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pertindihan tarikh antara setiap aktiviti biro.

Khusyuk mendengar amanat YDP


YDP dan NYDP 1


Puan Rose Maria Ira. Pensyarah a.k.a pemantau


ni khusyuk ke acah2 khusyuk je nih.....


Semoga dengan perjumpaan ini, momentum setiap biro ke arah kesejahteraan kampus makin padu serta mampu mencorak satu pembaharuan pada organisasi JPP sesi 2013/2014 ini.

"Sebelum jaga kebajikan orang lain, jaga kebajikan kita dahulu. Tapi jangan sampai pentingkan diri"
(Syaraff Alwi , 2013)

"Jaga hubungan antara manusia tetapi jangan abaikan hubungan dengan Allah"
(Khairul Ridha, 2013)