Feature Top (Full Width)

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada kesempatan ini Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul S.A.W. 12 Rabiul Awal 1435H bersamaan 14 Januari 2014 Masihi.

Menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W adalah satu cara untuk memperingati baginda dan untuk menyatakan kasih sayang kepada baginda yang telah meninggalkan kita 1400 tahun dahulu. Pengorbanan baginda kepada umatnya sangat banyak. Sehinggakan ketika akhir hayat baginda S.A.W, baginda menyebut “ummati, ummati, ummati” (umatku,umatku,umatku). Betapa risaunya baginda terhadap umatnya yang tidak mempunyai seorang nabi dan rasul sebagai panduan. Tetapi baginda S.A.W tidak pergi meninggalkan kita begitu sahaja, sebelum baginda wafat baginda telah mengumpulkan seluruh penduduk Mekah yang menunaikan haji bersama baginda. Ketika itu baginda S.A.W telah menyampaikan khutbah yang terakhir baginda kepada umatnya iaitu khutbah Wida’ (Khutbah Perpisahan) . “Wahai manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu harta-harta saudara kamu melainkan dengan keredhaan daripadanya. Adakah aku sudah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah saksikanlah. Janganlah kamu berpatah balik kepada kufur selepas aku, kamu berbunuhan di antara kamu. Sesungguhnya aku sudah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang dengan peninggalan ini kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan Sunnahku. Baginda menyebut lagi dalam khutbah wada’ ini “setiap yang hadir dikalangan kamu hendaklah dia menyampaikan kepada yang tidak hadir ".

Baginda telah mengamanahkan kepada penduduk Mekah ketika itu yang terdiri daripada para sahabat baginda agar menyampaikan amanah tersebut kepada mereka yang tidak hadir ketika itu termasuk kita yang berada di abad ke-21. Melalui amanah baginda tersebut, islam pada hari ini telah tersebar luas ke serata dunia. Semasa kehidupan baginda, baginda adalah seorang rasul yang mulia dan Allah S.W.T telah menggolongkan baginda dalam kalangan nabi ulu a’zmi iaitu nabi yang paling banyak menerima ujian dan mehnah sepanjang kehidupan baginda. Sesuai dengan tema sambutan maulidur rasul pada tahun ini “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” yang menerapkan nilai kesederhanaan dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Nilai kesederhanan ini perlu ada dalam diri setiap individu, agar golongan kaya tidak selamanya kaya dan golongan miskin tidak selamanya miskin. Golongan yang berkemampuan dan cukup syarat untuk bayar zakat, perlu bayar zakat untuk mensucikan harta justeru mengelakkan golongan kurang berkemampuan tertindas.

Kita sebagai pendidik pada hari ini perlu mencontohi akhlak baginda S.A.W agar kerjaya mulia ini dipandang tinggi oleh masyarakat. Baginda merupakan seorang pendidik yang boleh dijadikan contoh kerana dalam diri baginda itu ada contoh tauladan yang baik. Baginda menggunakan kaedah pengajaran yang sangat baik, baginda menyampaikan ilmu penuh berhemah dan kebijaksanaan. Baginda tidak pernah memarahi atau memukul sesiapa sahaja, bahkan baginda amat menyayangi golongan yang lemah seperti orang tua, wanita, dan kanak-kanak. Ayat yang pertama turun kepada baginda adalah “Iqra” (bacalah). Allah S.W.T menurunkan ayat ini kepada baginda S.A.W agar kita semua memperbanyakkan membaca Al-quran kerana Allah S.W.T menurunkan Al-quran itu untuk hambanya berfikir. Dalam Al-quran terlalu banyak nasihat dan pengajaran untuk kita ambil dan amalkan. Selain daripada itu, membaca buku-buku yang bermanfaat juga dapat menjadikan kita berfikiran kreatif dan kritis serta tidak jumud dalam membuat keputusan.


Akhir kalam, marilah kita semua memperbanyakkan selawat kepada baginda S.A.W. di mana sahaja kita berada. Firman Allah S.W.T yang bermaksud “sesiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan 1 selawat, Allah dan para malaikat akan berselawat kepadanya 10 kali. Lihatlah betapa tingginya nilai sekecil-kecil amalan iaitu berselawat kepada baginda S.A.W., tidak dikira lagi dengan pahala kita mengamalkan sunnah-sunnah baginda yang lain dan menyampaikan kepada orang lain. Ilmu ibarat sebuah buah-buahan yang tumbuh segar, jika buah itu segar dan dipetik, nescaya ia akan memberi manfaat tetapi jika buah itu tidak dipetik ia akan buruk selama-lamanya dan tidak bermanfaat lagi. Sama seperti ilmu, jika ilmu itu disampaikan ia akan memberi manfaat kepada orang lain dan jika ilmu itu tidak disampaikan dan disimpan untuk kegunaan sendiri maka ilmu itu langsung tidak bermanfaat dan tidak akan tersebar luas. Ayuh sama-sama kita pergi ke majlis ilmu, imarahkan lagi masjid dan surau kita agar umat yang bersatu padu atas saf yang betul dan lurus akan melahirkan umat yang cemerlang dan bermanfaat. Waubilllahi taufiq wallhidayah wasalamualaikum w.b.t.

Saturday, January 11, 2014

Makluman : Cuti Berganti Tahun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGKIK telah memohon cuti berganti untuk Tahun 2012 seperti jadual berikut. Semua pensyarah dan pelajar IPGKIK dipohon untuk mengambil maklum terhadap tarikh cuti berganti bagi melaksanakan kuliah berkaitan.



** Tarikh cuti berganti adalah tertakluk kepada pindaan

*sumber : http://www.ipik.edu.my/portal4/

Friday, September 20, 2013

KEMPEN 1 MOTOR 1 JANTINA





Secara rasminya pada 18 September 2013 yang lalu, Kempen “1 Motor 1 Jantina ‘ oleh Exco Kerohanian, Moral dan Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mula dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam diri setiap warga IPIK tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar. Kebanyakan warga IPIK kurang mendapat kesedaran tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya isu pelajar berlainan jantina membonceng motosikal bersama-sama yang semakin berleluasa dalam kawasan kampus. Dengan moto ‘1 Motor 2 Jantina Bukan Budaya Guru’ diharapkan agar kempen ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang adab dan batas pergaulan yang dianjurkan agar sesuai dengan konteks sebagai seorang guru. Beberapa buah banner dan banting telah dinaikkan di kawasan sekitar kampus seperti di laluan utama dan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar memarkir motorsikal.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.

Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils)”.

Surah Al-Israa’ ayat 32