Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. tahun baru sudah menjelma. segala pengalaman pahit manis dan memori indah tahun 2010 akan sentiasa kekal dihati. Esok akan bermulanya kuliah, esok juga akan bermulanya kelas tanpa pengarah yang di sayangi iaitu Puan Noorul Aini. Mungkin sahabat masih tertanya siapa pengarah baru yang akan memimpin IPGKIK? Nampaknya kita masih belum berpengarah dan gosip-gosip tentang siapa yang bakal menjadi pengarah baru masih belum kedengaran lagi.
Bagaimana pula dengan senior yang telah menamatkan pengajian mereka pada tahun ini? Nampaknya masih samar lagi. Posting mereka masih belum diketahui lagi. Ini serba sedikit menimbulkan rasa tidak sedap hati kepada semua pelajar institut perguruan di seluruh Malaysia. Pelbagai gosip yang kedengaran, ada yang kata posting mereka pada bulan pertengahan bulan 1, pada bulan 3 dan yang paling lama bulan 6. Tidak kurang juga yang berkata posting mereka akan diberitahu pada bila-bila masa sahaja.
Untuk kuliah esok, jadual pembelajaran untuk setiap kelas telah keluar dan ini peranan ketua kelas untuk mengambil jadual tersebut dan memberitahu kepada rakan-rakan sekelas terutama pelajar ppismp sem 2 yang pertama kali merasai peralihan semester dari sem 1 kepada sem 2. Mungkin ada juga kelas akan berubah tempat dan ini juga merupakan peranan ketua kelas.Untuk pelajar asarama pula, jangan lupa melaporkan diri di pejabat asrama di blok Aman untuk mengambil kunci.
Tahun baru azam baru. Itulah ungkapan yang biasa kedengaran. Tidak salah memasang azam baru dan kita digalakkan untuk memasang azam-azam baru. Biarlah azam baru memberi mamfaat kepada kita semua. Penulis juga berazam untuk memurni blog ini dan penulis amat-amat memohon maaf kepada semua kerana kurang update blog ini. Penulis amat berharap sahabat dapat berkongsi maklumat untuk memurnikan blog ini. Itulah cita-cita dan azam penulis pada tahun ini dan penulis amat berharap akan sokongan sahabat-sahabat sekalian. Sekian...
Go IPiK Go!!!!
Assalamualaikum wbt
Tahap kualiti guru amat dituntut oleh setiap lapisan masyarakat dan merupakan satu jaminan kepada kejayaan anak bangsa di dunia mahupun di akhirat. Namun sejauh manakah ilmu yang kita tuntut terutamanya di IPG Ilmu Khas ini dapat memberi kesan positif kepada dunia pendidikan di Malaysia. Adakah kita semua sudah bersedia untuk menjadi guru? Bagaimana persediaan kita untuk menjadi seorang guru berkualiti terutama bagi pelajar PISMP semester 8 dan pelajar KPLI semester 2 yang bakal posting tidak lama lagi?
Menurut Imam Burhan al-Din atau Burhan al-Islam al-Zarnuji, di dalam kitabnya bertajuk Ta'lim al-Muta'allim-Tariq at-Ta'-allum, para pendidik muslim perlu memiliki:
1) 'Aqlun Zakiyun (akal yang cerdik)
2) Hirsun (keinginan yang kuat)
3)Ijtihad (usaha yang bersungguh-sungguh)
4)Bulghah (kecukupan dalam perbelanjaan)
5)Suhbah al-Ustaz (bersahabat dengan guru)
6)Tuul az-Zaman (masa yang panjang)
Jika diteliti dengan rapi, memang inilah keperluan yang perlu ada pada para guru dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.
Jadi renung-renungkanlah...
Assalamualaikum wbt..
lame x update blog ni sbb bz kut or line kpmipg-guest or student ni sedikit bermasalah tp rasanya diri sendiri perlu bermuhasabah.. 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. Kata-kata hikmat inilah sedikit memberi motivasi untuk terus berusaha dan terus berusaha.
Petang semalam (13/10/2010), saya diberitahu seorang sahabat ipg kita iaitu Fakaruddin (betul x eja) pelajar pj sem 2 terlibat dengan kemalangan dan sekarang masih berada di wad Hospital Kajang. Keadaan dia sekarang sudah stabil walaubagaimapun masih perlu di tahan di wad dalam beberapa hari lagi. Moga sahabat kita cepat sembuh dan sama-samalah kita semua doakan.
Tertimbul di fikiran, kenapa boleh dikatakan kes kemalangan melibatkan sahabat ipg kita boleh dikatakan kerap berlaku. Mungkin kerana pelajar ipg kita kebanyakkan duduk di luar dan terdedah kepada kemalangan jalan raya. Justeru semua perlu berhati-hati semasa memandu...
Di sini satu tip ingin saya kongsikan untuk para pemandu iaitu bacaan doa naik kenderaan.
Jika doa ini kita amalkan, Insya'Allah Allah akan lindungi kita dari sebarang kecelakaan jalan raya. Hanya Dia yang maha pemurah lagi maha penyayang.
sekian..