Feature Top (Full Width)

Wednesday, June 20, 2012

Pelancaran Hari Hijau Kampus


Pada hari khamis ini akan diadakan satu pelancaran Hari Hijau Kampus bagi melestarikan lagi kawasan sekitar IPG Kampus Ilmu Khas serta mendidik minda semua warga kampus untuk melestarikan alam sekitar.

Perhatian kepada semua pelajar terutama setiap KETUA KELAS. (diminta menghebahkan kepada semua ahli kelas)

1.  Setiap kelas DIWAJIBKAN membayar RM10 kepada HEP untuk bayaran anak pokok yang akan ditanam pada hari tersebut. Setiap kelas akan mendapat satu anak pokok. Bayaran mestilah dibuat selewat-lewatnya esok (20 Jun 2012)

2. Semua pelajar mestilah berpakaian sukan lengkap (digalakkan baju berwarna hijau).

3. Tentatif Hari Hijau Kampus

 7.30 pagi: Senamrobik Gaya Hidup Sihat
8.30 Pagi: Aktiviti penghijauan Kampus
10.30 pagi: Majlis Pelancaran Hari Hijau Kampus

4. Aktiviti lain: terdapat gerai jualan, Boot Sale, pameran penjagaan kucing dan lain-lain lagi

5. Semua pelajar dan warga kampus diminta menjaga kebersihan di sekitar kawasan kampus


PERHATIAN

Diharap semua pelajar menghebahkan pengumuman ini ke dalam page group masing-masing sama ada page kelas, course, kediaman dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih. 


Tuesday, June 19, 2012

Ini bukan cubaan !!


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pada kali ini, pihak institut bersungguh-sungguh untuk menjayakan IPG Lestari dari pelbagai bidang yang diberi penekanan, pembudayaan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan alam sekitar, kitar semula bahan buangan, mengurangkan penggunaan polistrin dan plastik, pelestarian budaya serta nilai-nilai murni.

Apa yang menarik perhatian baru-baru ini (petang tadi) ialah apabila saya singgah sebentar di kafetaria untuk membeli minuman.

Seorang pelanggan ingin membungkus nasi goreng kampung,kemudian penjaga kaunter itu bertanya, "ada bawa bekas tak ? Kalau tak ada kena cas tambahan. Kami tidak sediakan polistrin lagi, menyahut seruan untuk menjayakan IPG Lestari."

Apabila saya menoleh ke belakang di tempat biasa kita mengambil nasi, ternyata tidak ada polistrin di sana!


Oleh itu, ingin saya nyatakan bahawa, saya menggalakkan kepada semua agar membawa sendiri bekas untuk membungkus makanan jika ingin membawa balik makanan itu atau makan di dalam kafetaria sahaja.

Dalam masa terdekat, pelancaran IPG Lestari peringkat IPG Kampus Ilmu Khas yang bertemakan Hari Hijau Kampus pada 21 Jun 2012, penanaman anak pokok secara besar-besaran akan dijalankan serentak.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat lagi beberapa kelas yang tidak membuat bayaran satu kelas/RM10. Kepada kelas yang berkenaan, anda bolehlah berbuat demikian di HEP sebagai bayaran untuk kos anak pokok yang dibeli di luar.



Lubang-lubang telah disediakan untuk menanam anak pokok tersebut di tepi Dewan Dato' Razali Ismail, di tempat kita biasa meletakkan motorsikal.

Ayuh sama-sama kita jayakan IPG Lestari hari ini, untuk kesejahteraan bumi kita di masa akan datang !

No! Polisterina