Feature Top (Full Width)

Thursday, July 25, 2013

FESTIVAL RAYA MINGGU KEUSAHAWANAN 2013

Assalamualaikum! Dan selamat sejahtera.....

Pada 26 hingga 28 Julain 2013, Biro eusahawanan JPP 2013/14 akan mengadakan Festival Raya Minggu Keusahawanan bertempat di Dewan Dato' Razali Ismail. Festival ini adalah satu kolaborasi antara barisan JPP dan Unit Kokurikulum IPGKIK.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di festival ini antaranya adalah jualan pelbagai barangan seperti kasut, pakaian raya,, tudung dan keronsang, biskut raya serta perkhidmatan lain seperti perkhidmatan servis laptop, tempahan baju kopora dan juga myipo untuk patterning harta intelek anda. Paling menarik, cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari. Jadi, dapatkan kupon cabutan bertuah anda daripada ejen-ejen kupon yang terdiri daripada warga JPP sendiri.

Festival ini adalah terbuka kepada semua orang termasuk penduduk setempat.

Apa tunggu lagi. Datanglah beramai-ramai untuk meriahkan festival ini.


Wednesday, July 24, 2013

Festival Borneo IPG Kampus Ilmu Khas


Salam perpaduan...
Meriah dan penuh warna warni, itulah kata-kata yang paling sesuai untuk mengungkapkan kemeriahan Festival Borneo yang telahpun berjaya dilangsungkan pada 29 Jun 2013 yang lalu. Festival yang bersifat kebudayaan masyarakat negeri Sabah dan Sarawak ini adalah merupakan kelolaan Biro Kesenian dan Kebudayaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKIK dengan kerjasama Jabatan Pengajian Sosial IPGKIK serta dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Sosial, En. Ritzuan Bin Baharin.
Bertemakan sambutan Hari Gawai Dayak dan Pesta Kaamatan, Festival Borneo ini telahpun berlangsung selama satu hari bertempat di Dewan Dato’ Razali Ismail IPGKIK bermula jam 2.30 petang sehingga 11.00 malam. Pada sebelah petang, pameran kebudayaan yang mewakili kedua-dua buah negeri dimana ia dilihat mampu memberikan input kepada tetamu yang datang ke pameran tersebut. Malamnya pula berlangsung Majlis Makan Malam Perdana Festival Borneo yang turut menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan, pertandingan pakaian beragam serta cabutan bertuah yang penuh kemeriahan dan warna warni. Uniknya, majlis makan malam ini juga turut menyediakan pelbagai juadah yang dibawa khas dari negeri Sabah Dan Sarawak.                                                      



                                                       

“kesenian bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitan dengan hiburan, kesusasteraan, muzik dan perkara-perkara yang bersifat ‘non technology’. Ianya boleh menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul.” – En. Ritzuan Baharin

Festival yang dihadiri sekurang-kurangnya 250 orang tetamu termasuk para pensyarah dan pelajar ini juga dilihat sebagai satu landasan yang penting kepada warga IPGKIK untuk mewujudkan kesatuan dan persefahaman antara satu sama lain. Selain itu, ianya juga berupaya untuk dijadikan sebagai sumber rujukan kepada para pelajar untuk lebih mengenali adat serta budaya masyarakat Sabah Sarawak.

Semoga dengan terlaksananya festival ini, ianya dapat mengukuhkan lagin perpaduan serta persefahaman seluruh warga IPGKIK di dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni.





Exco Kesenian dan Kebudayaan 
JPP IPGKIK

Thursday, July 11, 2013

#PERKONGSIAN 1: PEMIMPIN

Assalakualaikum dan salam sejahtera... Pemimpin mesti mampu mempengaruhi tingkahlaku orang lain,bersama mencapai matlamat organisasi & mengekalkan perpaduan.

 "A good leader is a good follower".

Pemimpin memiliki 3K= Kepercayaan, kualiti, keyakinan.

 Pengurus vs Pemimpin:
- Pengurus mentadbir, pemimpin memperbaharui
- Pengurus meniru idea, pemimpin memberi idea
- Pengurus fokus kepada sistem, pemimpin fokus kepada ahlinya
- Pengurus mengawal, pemimpin membina kepercayaan


  "Berkerjalah bersama saya, bukan berkerja untuk saya"
Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5, Y.A.B Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi