Feature Top (Full Width)

Wednesday, February 3, 2010

::Doakan Kesihatan Mereka::


assalamualaikum...

Diharap sahabat semua sihat sejahtera.

Semalam, saya dan pengerusi biro kerohanian, saudara aizuddin pergi menziarahi saudara Wan Zulfadli Ad-Dinnie bin Wan Azmi (G1.8) gambar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Sahabat kita sedang terlantar sakit kerana mengalami appendix. Dia telah selamat dibedah 4 hari yang lepas dan sekarang dia masih berada lagi di wad.Semalam dia juga kirim salam buat semua warga IPG IK. Sahabat kalian bolehlah menziarahinya di wad 5B katil no. 11.

Manakala seorang lagi sahabat kita saudara Mohd Norazmi bin Nordin (G5.3) yang sekarang masih lagi berada di wad HKL kerana menghidap demam denggi. Saya belum lagi sempat untuk menziarahi sahabat kita yang ini. Walaubagaimanapan marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan mereka supaya mereka cepat sembuh dan pulang semula ke IPIK.Untuk sebarang sumbangan buat mereka, bolehlah merujuk kepada Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, Saudara Shar Meeze bin Mohd Rashid

Syukran