Feature Top (Full Width)

Monday, June 4, 2012

Gantikan beg plastik kepada beg kitar semula

Sekarang semua sudah tahu yang hari sabtu telah diisytiharkan sebagai hari tanpa beg plastik di kebanyakkan pusat-pusat membeli belah seperti Tesco, Jusco, 7-eleven. Kalau mahukan juga beg plastik akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20  sehelai plastik. Namun masyarakat tak kisah pon kalau kena bayar asalkan memudahkan mereka. Tapi mereka tidak sedar mereka sebenarnya menyusahkan dunia dengan sikap mereka itu. Apa salahnya kalau bawa beg sendiri atau beg kitar semula pada hari sabtu. 


Ubah sikap kita apabila juruwang bertanyakan "Nak beg plastik dik?" Kita jawablah "Takpelah akak, saya bawak beg kitar semula sendiri". Ha! kan dah jimat RM 0.20. Apabila kita dah didik diri kita untuk tidak menggunakan beg plastik pada hari sabtu, apa salahnya kalau kita teruskan untuk hari-hari yang lain sehingga menjadi tabiat dan kebiasaan dalam masyarakat kita.

Kajian menunjukkan bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan selama beribu-ribu tahun sebelum hancur. Wohaaa...!! . Beg plastik merupakan bahan pepejal yang sukar diurai di dalam tanah. Beg plastik yang dibuang di merata tempat akan menyebabkan tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian. Malah memerlukan kawasan pelupusan yang luas untuk mengumpulkan semua sampah-sampah termasuk palstik. 


Banyak negara telah menghentikan secara undang-undang penggunaan beg plastik sama ada dalam penggunaan harian, di kedai-kedai dan pasar raya. Banyak negara juga telah mengenakan pembayaran ke atas beg plastik. 


‘Kick the Habit! - ‘Reduce the use of Plastic bags, Towards a Low Carbon Economy’ yang pernah menjadi tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertujuan untuk mengajak kita supaya merubah sikap, sikap mengurangkan penggunaan bahan plastik sebagai pembungkus yang berlebihan. Jom sama-sama menyahut baik seruan dunia untuk menyelamatkan dunia dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggantikan beg plastik dengan beg kitar semula.