Feature Top (Full Width)

Wednesday, April 28, 2010

Cabaran Elaun Buku::


Assalamualaikum
Sudah lama blog ini tak di postkan. sudah banyak aktiviti maktab berlalu tetapi saya tidak sempat untuk postkan kerana agak busy. tapi itu hanyalah alasan semata-mata. sebelum itu saya ingin  mengucapkan jutaan tahniah kepada kolej kediaman damai yang menjuarai 2 daripada 3 persembahan yang dipertandingakan pada malam gala beberapa hari lepas. Tak di lupakan juga kepada kolej kediaman aman yang membuat persembahan yang begitu mantap dalam acara persembahan bebas. Selain itu pada 24 april lepas Gabungan Organisasi Aceh tengah telah mengadakan Persembahan Kebudayaan Aceh. Ibu-ibu dari aceh sana telah mengadakan beberapa persembahan antaranya Tarian Munalo, Sendratari Puteri Bunsu, Nyanyian Lagu Tawar Sedenge, Uyem & Bungong Jeumpa yang diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. Terima kasih diucapkan kepada warga aceh yang sudi mengadakan persembahan yang begitu mantap di institut kami ini.


Elaun. Persoalan mengenai elaun buku masih menjadi tanda tanya walaupun telah diperjelaskan dengan terperinci oleh Timbalan Pengarah pada minggu lepas sewaktu tutorial besar. Segala persoalan yang cuba dikemukakan wakil pelajar terjawab. Terima kasih kepada yang bertanya iaitu saudara Kamarul, Ijat, Zubir dan Amjad. Kredit juga kepada timbalan pengarah yang sanggup 'turun padang' bagi mendengar permasalahan pelajar. Walaubagaimanapun isu utama iaitu elaun buku masih belum terjawab sepenuhnya apabila sampai saat ini elaun tersebut masih belum diterima oleh pelajar. Cakap-cakap yang kurang enak telah kembali meliar tanpa di tapis oleh nikmat akal yang sepatutnya dapat 'berfungsi' seperti pemikiran sebagai seorang guru. 


Ya.. sampai saat ini elaun masih belum diterima pelajar. Ujian dan dugaan ini datang tanpa di duga. Memang ujian dan dugaan tak mengenal masa dan tuannya. Hanya Allah yang berhak menguji hambanya. Apabila saya cuba merisik facebook, perkara yang paling mendukacitakan adalah sikap tuduh menuduh dan juga pertelingkahan sesama pelajar sehinggakan timbul rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada pergaduhan yang lebih besar. Perlu diingatkan, isu elaun bukanlah isu di antara sesama pelajar. Kenapa perlu hendak bergaduh dan bertegang leher? Tak di nafikan desakan-desakan dan juga tekanan yang di salurkan melalui FB boleh membuka mata kepada pihak yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Memang kita perlu bersuara. Tapi biarlah 'suara' kita di pandang ilmiah oleh pihak yang bertanggungjawab. Biarlah elaun belum diperolehi lagi, tapi janganlah kita perolehi musuh pula. 


Insya'Allah, elaun tersebut kita akan perolehi. Allah amat suka kepada hambanya yang bersabar. Allah amat sayangkan kepada hambanya yang bersabar.


Sekian,


Yang benar,
tak suka gaduh-gaduh.



Besday boy::


Salam di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 22 (26 april) kepada saudara aizuddin merangkap pengerusi Biro Kerohanian. semoga berkekalan bahagia dengan orang tersayang..