Feature Top (Full Width)

Thursday, June 28, 2012

Hari Hijau Kampus

Pada 21 Jun 2012 telah berjaya dijalankan pelancaran Hari Hijau Kampus bersempena dengan program melestarikan IPG. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. 

Program ini dimulakan dengan senamrobik Gaya Hidup Sihat yang dihadiri oleh semua warga IPG Kampus Ilmu Khas.

 Warna tema program ini adalah warna hijau. Semua warga kampus digalakkan memakai baju bewarna hijau pada hari tersebut. 





Acara seterusnya adalah menanam pokok bagi menghijaukan lagi kampus ini.

 aktiviti menanam pokok dimulakan oleh Tuan Pengarah kemudian diikuti menanam anak pokok oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas.


Aktiviti lain yang turut diadakan bersempena dengan Hari Hijau Kampus adalah jualan-jualan makanan dan barangan terpakai, ceramah mengenai kelestarian alam sekitar, derma darah  dan menanam anak pokok bagi setiap kelas.

,,


Wednesday, June 27, 2012

Sunday, June 24, 2012

Perhimpunan Rasmi bagi bulan Jun


Perhimpunan rasmi bagi bulan Jun

Tarikh: 26 Jun 2012
Hari: Selasa
Masa: 10 Pagi
Tempat: Dewan Dato Razali Ismail


Dua agenda dijalankan dalam perhimpunan rasmi ini:
1) Watikah perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013
2) Sambutan Hari Guru

 

Thursday, June 21, 2012

Lagu IPG Lestari

 
 Lirik IPG Lestari


Budaya hijau gaya hidup IPG
Memupuk kesedaran kelstarian alam
Kami mengguna sumber secara kreatif berhemah
Kami teladani gaya kepimpinan lestari

Korus :
IPG gemilang, pemangkin masyarakat lestari
Warga IPG membudayakan amalan lestari
Dengan menghijaukan pengurusan kokurikulum
Kurikulum dan persekitaran, IPG Lestari

Kami memupuk budaya lestari
melalui pengajaran dan pembelajaran
Kamilah penggerak pembangunan kelestarian
Membina jati diri, modal insan berkualiti

Ulangkan Korus

IPG lestari, masyarakat madani
Memelihara sumber meningkatkan kualiti hidup
IPG gemilang, pemangkin masyarakat lestari
Mencernakan kelestarian melalui pendidikan

Wednesday, June 20, 2012

Pelancaran Hari Hijau Kampus


Pada hari khamis ini akan diadakan satu pelancaran Hari Hijau Kampus bagi melestarikan lagi kawasan sekitar IPG Kampus Ilmu Khas serta mendidik minda semua warga kampus untuk melestarikan alam sekitar.

Perhatian kepada semua pelajar terutama setiap KETUA KELAS. (diminta menghebahkan kepada semua ahli kelas)

1.  Setiap kelas DIWAJIBKAN membayar RM10 kepada HEP untuk bayaran anak pokok yang akan ditanam pada hari tersebut. Setiap kelas akan mendapat satu anak pokok. Bayaran mestilah dibuat selewat-lewatnya esok (20 Jun 2012)

2. Semua pelajar mestilah berpakaian sukan lengkap (digalakkan baju berwarna hijau).

3. Tentatif Hari Hijau Kampus

 7.30 pagi: Senamrobik Gaya Hidup Sihat
8.30 Pagi: Aktiviti penghijauan Kampus
10.30 pagi: Majlis Pelancaran Hari Hijau Kampus

4. Aktiviti lain: terdapat gerai jualan, Boot Sale, pameran penjagaan kucing dan lain-lain lagi

5. Semua pelajar dan warga kampus diminta menjaga kebersihan di sekitar kawasan kampus


PERHATIAN

Diharap semua pelajar menghebahkan pengumuman ini ke dalam page group masing-masing sama ada page kelas, course, kediaman dan lain-lain lagi. Sekian, terima kasih. 


Tuesday, June 19, 2012

Ini bukan cubaan !!


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pada kali ini, pihak institut bersungguh-sungguh untuk menjayakan IPG Lestari dari pelbagai bidang yang diberi penekanan, pembudayaan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan alam sekitar, kitar semula bahan buangan, mengurangkan penggunaan polistrin dan plastik, pelestarian budaya serta nilai-nilai murni.

Apa yang menarik perhatian baru-baru ini (petang tadi) ialah apabila saya singgah sebentar di kafetaria untuk membeli minuman.

Seorang pelanggan ingin membungkus nasi goreng kampung,kemudian penjaga kaunter itu bertanya, "ada bawa bekas tak ? Kalau tak ada kena cas tambahan. Kami tidak sediakan polistrin lagi, menyahut seruan untuk menjayakan IPG Lestari."

Apabila saya menoleh ke belakang di tempat biasa kita mengambil nasi, ternyata tidak ada polistrin di sana!


Oleh itu, ingin saya nyatakan bahawa, saya menggalakkan kepada semua agar membawa sendiri bekas untuk membungkus makanan jika ingin membawa balik makanan itu atau makan di dalam kafetaria sahaja.

Dalam masa terdekat, pelancaran IPG Lestari peringkat IPG Kampus Ilmu Khas yang bertemakan Hari Hijau Kampus pada 21 Jun 2012, penanaman anak pokok secara besar-besaran akan dijalankan serentak.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat lagi beberapa kelas yang tidak membuat bayaran satu kelas/RM10. Kepada kelas yang berkenaan, anda bolehlah berbuat demikian di HEP sebagai bayaran untuk kos anak pokok yang dibeli di luar.



Lubang-lubang telah disediakan untuk menanam anak pokok tersebut di tepi Dewan Dato' Razali Ismail, di tempat kita biasa meletakkan motorsikal.

Ayuh sama-sama kita jayakan IPG Lestari hari ini, untuk kesejahteraan bumi kita di masa akan datang !

No! Polisterina


Cara membantu mengurangkan penggunaan plastik

Sebelum ini kita telah membicarakan tentang topik gantikan beg plastik kepada beg kitar semula.. Kali ni kita memberika cara-cara mudah yang kita boleh amalkan dan lakukan sebagai usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. 


1. Membawa beg sendiri ketika membeli-belah

Kalau anda memang dah bercadang mahu membeli barang keperluan harian seperti barang-barang dapur bagi pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus atau barang makanan bagi yang tinggal di asrama, bawa sendiri beg kitar semula. Kalau agak-agak terlupa untuk membawa beg tersebut, simpan beg tersebut dalam beg galas, hand bag atau dalam seat motor atau dalam bonet kereta masing-masing.


2. Elak menerima beg plastik

Beg plastik sentiasa diberi kepada anda setiap kali kamu melakukan pembelian walau dimana-mana sahaja. Tidak kiralah barang yang dibeli itu walau sebatang pen mahupun seketul pemadam pasti beg plastik diberikan. Oleh itu, jika barang belian itu kecil masukan sahaja dalam poket seluar atau beg sandang, atau beg tangan selepas membayarnya.


3.  Elak menggunakan bekas makanan daripada foam atau polisterina

Hal ini selalu diperkatakan oleh tuan pengarah mengenai penggunaan polisterina dalam apa-apa sahaja acara yang dijalankan di dalam kawasan instutut. Apa kata kalau kita melakukan pembaharuan dengan menggunakan bekas makanan tak kiralah apa sahaja jenama 'tupperware', 'apple lady' dan sebagainya asalkan bekas makanan tu boleh digunakan semula. Nak cari yang murah kedai di Taman Tenaga ada menjual serendah RM2.


Itu sahaja untuk kali ini. Jika ada yang ingin menambah cara-cara mengurangkan penggunaan plastik sila berikan cadangan anda di ruangan komen.

Kurangkanlah penggunaan plastik kerana tindakan itu  dapat menyelesaikan banyak masalah pencemaran, membantu kehidupan yang selesa, menjaga kualiti alam sekitar, dan seterusnya dapat membantu negara mengurangkan keluasan tapak pelupusan.

Monday, June 18, 2012

PERUTUSAN YDP UNTUK SEMESTER KEDUA TAHUN 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga IPGK IK, khususnya kepada rakan-rakan guru pelatih sekalian.

Alhamdulillah, syukur kerana kita semua dapat meneruskan pengajian di sini bagi memperlengkapkan segala ilmu dan kemahiran sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik yang akan turun berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat kelak, kerana tugas sebagai seorang guru bukan sekadar di dalam sekolah.

Semester ini akan kita hadapi sehingga awal November nanti dengan bermacam-macam pengisian dan pastinya memberi banyak pengalaman dan ilmu yang berguna, seperti biasa dengan tugasan daripada pensyarah yang perlu diselesaikan, berpraktikum di sekolah, menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), program-program dan aktiviti yang telah dirangkan dan akan diadakan oleh pihak institut dan juga Jawatakuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sendiri serta program luar yang akan melibatkan pihak IPG seperti sambutan hari kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua guru pelatih untuk sama-sama menjayakan program yang dianjurkan, kerana semua penganjuran adalah dibuat berdasarkan objektif dan matlamat positif yang ingin dicapai untuk kebaikan kita semua. Selain itu, penglibatan kita dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan sebenarnya memberikan kemahiran nilai tambah yang sangat banyak terutamanya dalam memberikan pengalaman yang sangat diperlukan untuk dibawa ke sekolah apabila berpraktikum dan bertugas sebagai seorang pendidik nanti.

Rakan-rakan semua, dalam mengejar kecemerlangan dalam akademik, kita jangan lupa dengan beberapa perkara lain yang sangat penting seperti kemahiran sosial seperti komunikasi, bekerjasama dalam satu pasukan, menguruskan masa dengan baik, pengurusan protokol serta kemahiran dan pengalaman yang lain, kerana kita tidak mahu guru berkualiti yang cemerlang dalam akademik, tetapi lemah dalam aspek komunikasi, pengurusan dan kemahiran secara praktikal yang lain.


Selaras dengan motto JPP pada kali ini, iaitu “Bersama ke arah kesejahteraan kampus”, semoga kita dapat menjadikan suasana kampus yang sejahtera dengan adanya rasa kebersamaan antara semua pihak seperti antara guru pelatih dengan pensyarah, sesama guru pelatih dan juga dengan semua staf sokongan dengan ikatan persaudaraan yang erat serta saling memberi nasihat yang baik antara satu sama lain dan saling memberi sokongan dan kerjasama dalam setiap aktiviti dan program yang diadakan.


Selain itu, hendak saya tekankan agar kita semua menunjukkan citra seorang pendidik bermula daripada fasa pembinaan dan pembangunan karakter guru di kampus ini semasa kita mula bergelar guru pelatih. Adalah perlu untuk seorang guru pelatih menunjukkan akhlak dan peribadi yang mulia serta saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Kita semua perlu membuktikan bahawa kita layak untuk berbangga dengan profesion ini sesuai dengan perilaku kita.


Di samping itu, jangan kita lupa dengan peraturan yang telah digariskan oleh pihak KPM dan IPGM khususnya akan diperketatkan, berikutan semakin banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku baik di dalam mahupun di luar kampus. Tindakan akan diambil sekiranya disabitkan kesalahan dan penglibatan pihak polis juga akan turut berlaku sekiranya kes yang terbabit melibatkan kes jenayah.



Semoga kita semua dapat menghadapi dan menjalani semester ini dengan baik dan seterusnya mencapai apa yang kita idam-idamkan.

Sekian, terima kasih.

“BERSAMA KE ARAH KESEJAHTERAAN KAMPUS”


Saturday, June 16, 2012

Jadual kelas semester 2 2012

Assalamualaikum.. Selamat kembali ke kampus kepada semua guru pelatih IPG kampus Ilmu Khas.


Jadual kelas bagi setiap kelas telah dikeluarkan. Semua pelajar boleh download di portal IPIK (klik link)

Have a fresh start in the new semester. 

Monday, June 4, 2012

Gantikan beg plastik kepada beg kitar semula

Sekarang semua sudah tahu yang hari sabtu telah diisytiharkan sebagai hari tanpa beg plastik di kebanyakkan pusat-pusat membeli belah seperti Tesco, Jusco, 7-eleven. Kalau mahukan juga beg plastik akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.20  sehelai plastik. Namun masyarakat tak kisah pon kalau kena bayar asalkan memudahkan mereka. Tapi mereka tidak sedar mereka sebenarnya menyusahkan dunia dengan sikap mereka itu. Apa salahnya kalau bawa beg sendiri atau beg kitar semula pada hari sabtu. 


Ubah sikap kita apabila juruwang bertanyakan "Nak beg plastik dik?" Kita jawablah "Takpelah akak, saya bawak beg kitar semula sendiri". Ha! kan dah jimat RM 0.20. Apabila kita dah didik diri kita untuk tidak menggunakan beg plastik pada hari sabtu, apa salahnya kalau kita teruskan untuk hari-hari yang lain sehingga menjadi tabiat dan kebiasaan dalam masyarakat kita.

Kajian menunjukkan bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan selama beribu-ribu tahun sebelum hancur. Wohaaa...!! . Beg plastik merupakan bahan pepejal yang sukar diurai di dalam tanah. Beg plastik yang dibuang di merata tempat akan menyebabkan tanah berasid dan tidak sesuai untuk pertanian. Malah memerlukan kawasan pelupusan yang luas untuk mengumpulkan semua sampah-sampah termasuk palstik. 


Banyak negara telah menghentikan secara undang-undang penggunaan beg plastik sama ada dalam penggunaan harian, di kedai-kedai dan pasar raya. Banyak negara juga telah mengenakan pembayaran ke atas beg plastik. 


‘Kick the Habit! - ‘Reduce the use of Plastic bags, Towards a Low Carbon Economy’ yang pernah menjadi tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertujuan untuk mengajak kita supaya merubah sikap, sikap mengurangkan penggunaan bahan plastik sebagai pembungkus yang berlebihan. Jom sama-sama menyahut baik seruan dunia untuk menyelamatkan dunia dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggantikan beg plastik dengan beg kitar semula.