Feature Top (Full Width)

Tuesday, June 19, 2012

Ini bukan cubaan !!


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pada kali ini, pihak institut bersungguh-sungguh untuk menjayakan IPG Lestari dari pelbagai bidang yang diberi penekanan, pembudayaan gaya hidup sihat, menjaga kebersihan alam sekitar, kitar semula bahan buangan, mengurangkan penggunaan polistrin dan plastik, pelestarian budaya serta nilai-nilai murni.

Apa yang menarik perhatian baru-baru ini (petang tadi) ialah apabila saya singgah sebentar di kafetaria untuk membeli minuman.

Seorang pelanggan ingin membungkus nasi goreng kampung,kemudian penjaga kaunter itu bertanya, "ada bawa bekas tak ? Kalau tak ada kena cas tambahan. Kami tidak sediakan polistrin lagi, menyahut seruan untuk menjayakan IPG Lestari."

Apabila saya menoleh ke belakang di tempat biasa kita mengambil nasi, ternyata tidak ada polistrin di sana!


Oleh itu, ingin saya nyatakan bahawa, saya menggalakkan kepada semua agar membawa sendiri bekas untuk membungkus makanan jika ingin membawa balik makanan itu atau makan di dalam kafetaria sahaja.

Dalam masa terdekat, pelancaran IPG Lestari peringkat IPG Kampus Ilmu Khas yang bertemakan Hari Hijau Kampus pada 21 Jun 2012, penanaman anak pokok secara besar-besaran akan dijalankan serentak.

Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat lagi beberapa kelas yang tidak membuat bayaran satu kelas/RM10. Kepada kelas yang berkenaan, anda bolehlah berbuat demikian di HEP sebagai bayaran untuk kos anak pokok yang dibeli di luar.



Lubang-lubang telah disediakan untuk menanam anak pokok tersebut di tepi Dewan Dato' Razali Ismail, di tempat kita biasa meletakkan motorsikal.

Ayuh sama-sama kita jayakan IPG Lestari hari ini, untuk kesejahteraan bumi kita di masa akan datang !

No comments: