Feature Top (Full Width)

Thursday, October 25, 2012

Perutusan Eidul Adha 1433H YDP JPP IPG IK





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..
Walillahilhamd..


 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah banyak mengurniakan kepada sekalian manusia dengan sebaik-sebaik nikmat dan kesenangan selama kita hidup di muka bumi ini, tiada balasan yang diharapkan olehNya daripada kita, segalanya diberikan percuma, udara yang kita sedut, angin yang menghembus kita, cahaya matahari yang bersinar dengan pelbagai manfaatnya, untuk proses fotosentisis tumbuhan, mengeringkan pakaian kita, memberikan sumber haba, cahaya yang menerangi sekalian alam dan banyak lagi nikmat kurniaan Allah yang tidak terungkapkan jika dihitung dengan bilangan angka.

Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariat ayat ke 56 yang bermaksud,

" dan (ingatlah) tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat dan menyembahku "

Merujuk kepada ayat di atas, tidak ada terkecuali untuk semua manusia dan jin untuk menyembah Allah dan beribadah hanya kepada Allah. Perkara ini juga disebutkan di dalam surah As-Saff, ayat yang pertama yang bermaksud :

" telah bertasbih kepada Allah segala yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha berkuasa, lagi maha bijaksana'

Hal ini jelas menunjukkan bahawa, segala makhluk ciptaan Allah, baik manusia, jin, tumbuhan, bulan, bintang, matahari, batu-batuan dan segalanya bertasbih memuji dan menyucikan nama Allah, sebagai tanda menundukkan diri dan menunjukkan kehambaan kepada Allah yang telah menciptakan kita semua.

Ibrah daripada sirah Nabi Ibrahim dan anaknya juga jelas menunjukkan kepada kita semua, betapa tingginya keteguhan iman mereka dalam memperhambakan diri kepada tuhan dalam melaksanakan tuntutan dan suruhan Allah. 

Sejurus selepas Nabi Ibrahim menerima perintah Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail, maka tanpa banyak bicara, tanpa banyak soal, tanpa banyak dolak-dalik, terus sahaja beliau mendapatkan anaknya untuk menunaikan perintah Allah itu, sungguhpun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya, kerana baginda tahu, segala yang datangnya daripada Allah itu ada hikmah di sebaliknya dan tiadalah akan keburukan sekiranya itu adalah perintah dari tuhan.

Melihatkan akan kesungguhan Nabi Ibrahim hendak mengorbankan anaknya kerana patuh dan taatnya kepada Allah, maka Allah menggantikan tempat anaknya Ismail dengan seekor kibas. 

Kenapa ibadah korban ini dilakukan setiap tahun, kerana ingin diperingatkan kepada kita setiap kali ibadah ini dilaksanakan, semoga setiap tahun kita mencari hikmah di sebaliknya, perginya para jemaah haji yang meninggalkan harta, keluarga dan sebagainya demi menyahut seruan Allah, peritnya sang lembu yang disembelih hanya kerana Allah, bukanlah tanda kekejaman kepada haiwan, tetapi memperingati sirah pengorbanan Nabi Ibrahim tadi, sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah.

Sebagai seorang mahasiswa pendidik pula, sama ada sedar atau tidak rakan-rakan, sudah banyak pengorbanan yang kita lakukan, terpaksa meninggalkan keluarga yang jauh dalam tempoh masa yang agak panjang, mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk memberi dan mendapatkan ilmu, meluangkan banyak masa yang sepatutnya dijadikan waktu untuk berehat untuk memperkemaskan ilmu dengan melaksanakan tugasan, segalanya untuk mempersiapkan diri menjadi seorang pendidik, tidak lain dan tidak bukan, untuk menjadi pendidik, menyebarkan ilmu kepada masyarakat, dan itulah sebaik pekerjaan. 

Apabila kita tahu makna sebenar pengorbanan kita, kita faham akan hikmah di sebaliknya,  segala kepayahan dan kesulitan yang dihadapi mampu saja kita tempuhi dengan keikhlasan dan kita sedar bahawa, kesusahan yang dihadapi untuk menyebarkan kebaikan ini, hakikatnya memang memenatkan, tetapi apa yang telah Allah SWT janjikan ialah, kesenangan dan kenikmatan yang tidak terhingga bagi mereka yang bersusah-payah melakukan kebaikan, da'wah dan sebagainya dengan membalasnya dengan balasan yang lebih daripada apa yang telah dilakukannya di akhirat kelak, 
InsyaAllah...

Tuesday, October 23, 2012

Bah..jom balit kampung..



Berita baik untuk anda !!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan semua.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah, tugas yang murni ini dipermudahkan olehNya.
Kami di pihak JPP sangat berbesar hati kerana dapat membantu anda semua dalam memberikan maklumat, terutama sekali dalam usaha untuk memastikan kebajikan pelajar dapat diambil perhatian.
 

Khusus untuk pelajar Sabah dan Sarawak, permohonan waran penerbangan udara telahpun mendapat kelulusan dan nama-nama yang disebutkan di sini bolehlah mendapatkan slip boarding pass anda di Pejabat Pentadbiran.


SABAH:

1) Syahfiqah Mohd Daud - J 3.2
2) Siti Noraniza Idris - J 3.2
3) Alice Voo - J 3.6
4) Nelly Yawasang - J 3.4
5) Md Adzmin Adenin - G 2.2
6) Nur Asyikin Rusimin - G 2.7
7) Baxter Goh - G 2.4
8) Austin Subal - G 2.4
9) Asrul Samat - G 6.8
10) Farah Aidah Muhd Faizal - TEFL QUT 8.1
11) Rebecca Tania Tulas - TEFL QUT 8.2 
12) Rossheila Farid Salleh - G 6.6
13) Massita Awang Norjalim - G 2.2
14) Windy Muhammad - G 2.8
15) Easterianie Maihon - G 6.4

SARAWAK:

1) Dayang Nur Farahany - J 3.3
2) Hasrie Sufyan Yusuf - G 2.1
3) Nor Hazeline Arun - G 2.7
4) Juliana Pengabang - G 2.5
5) Liona A/P Kolandhasamy - G 2.7
6) Marylyn Barnabas Alex - G 2.7
7) Awang Hishamuddin - J 3.2
8) Suryana Shawaluddin - G 2.9
9) Khalida Azrina Kamarudin - G 2.9
10) Jaqelyn Anak Mihoi - G 6.4
11) Alexius Jillyne Engkamat - G 6.7


PERINGATAN !
* Anda semua mesti mengambil slip boarding pass anda sendiri untuk tandatangan anda pada waran
* Datang ke pejabat pentadbiran secara berkumpulan untuk memudahkan pengagihan slip berkenaan
* Sekiranya nama anda tidak ada dalam senarai di atas, sila berhubung terus di pejabat pentadbiran.

"Daripada Pelajar Untuk Pelajar
" BERSAMA KE ARAH KESEJAHTERAAN KAMPUS"

Wednesday, October 3, 2012

I-CON'12: Pelbagai aktiviti menarik


Pada I-CON '12 ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Antaranya:


- Futsal
- Sukan Sunnah : Berkuda & Memanah
- Sukan Ekstrim : Sky Runner
- Forum Gempak : "kawin time study best..tapi.."
- Ekspo Usahawan Muda
- Pertandingan Nasyid Antara IPG
- Konsert Artis Jemputan : Almawlid


 

Memanah
Tutorial disediakan
RM5: 7 arrows
RM10: 15 arrows


Sukan Berkuda
Untuk ditunggang: RM5
Bergambar bersama kuda: RM5
........boleh diedit atau gambar original
Pakej (tunggang dan bergambar): RM8


Sky Runner
Tutorial disediakan
RM5: 15 minit
Pakej (main dan bergambar): RM8


Jom datang beramai-ramai ke IPG Kampus Ilmu Khas


Tarikh: 6 Oktober 2012
Hari: Sabtu 
Masa: 8 am-12am


Untuk maklumat lanjut kunjungi page I-CoN'12
Facebook: I-CoN'12
Blog: http://iconipgik.blogspot.com/