Feature Top (Full Width)

Sunday, January 31, 2010

GuD LuCk For SEM 7

Assalamualaikum...

Hari ini, penulis mewakili JPP IPG IK ingin mengucapakan selamat berjaya kepada semua pelajar sem 7 yang akan memulakan sesi praktikum mereka yang bermula pada esok hari bagi sekolah luar Kuala Lumpur manakala sekolah di dalam kawasan Kuala Lumpur bermula pada hari lusa kerana esok warga KL cuti hari Wilayah.

Penulis berharap semoga abang dan kakak senior berjaya dengan cemerlang dalam mengharungi praktikum selama 3 bulan ini.

"saya bangga menajdi guru"


Assalamualaikum...



Saturday, January 30, 2010

:: HEPY BESDAY PIZUL!!!::


Gendang dipalu,
Beralun lagu..
Selamat hari jadi ku ucapkan kepadamu..
Semoga gembira selalu..


Salam Ukhwah buat sahabat kalian..hari ini (30 jan 2010) genap umur 21 tahun buat Naib Yang Dipertua Pelajar IPG Ilmu khas saudara Muhammad Hafizul bin Mohamad Bazli (G 3.9).. semoga Allah panjangkan umurnya, kebahagiaan, kekuatan beribadah dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah di amanahkan.amin...

Thursday, January 28, 2010

:: 28 Januari 2010 ::


Allhamdulillah.. syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dengan menghadirkan diri ke kuliah ataupun ke kelas masing-masing. Mulai tahun 2010, semakin hari semakin banyak kejutan yang kita tempuhi.. hari ini kita dikejutkan lagi apabila pintu pagar dikunci se awal jam 8.00 pagi dan kita tidak dibenarkan untuk makan di luar dan kita hanya dibenarkan untuk makan di café sahaja. Ini menimbulkan rase kurang senang sesetengah pelajar.

Walaupun begitu, kita janganlah cepat melatah. Setiap perkara mesti ada pro dan kontranya, pasti ada yang baik disebalik yang buruk dan pasti ada yang positif di sebalik yang negatif. Di harap perkara ini bukannlah menjadi satu bebanan kepada kita semua. Sebaik-baiknya kita perlu la berdoa kepada Allah S.W.T supaya setiap urusan kita dipermudahkan dan kita merasa bahagia dan tenang menuntut ilmu disini.

Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, salah satu masalah yang timbul adalah kesesakan di café.lagipun waktu rehat Cuma setengah jam. Makanan pun cepat habis dan tidak cukup untuk setiap pelajar kerana kebanyakkannya pelajar telah pun makan di café . Perkara ini terjadi kepada diri saya sendiri. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu perkara yg perlu digembar gemburkan.

Diharap sahabat kalian tidak menganggap perkara ini merupakan suatu masalah yang besar kepada kita. Kalian faham dengan erti pengorbanan? Anggapla ini cabaran kepada kita semua dalam mendisiplinkan diri kita untuk menjadi seorang guru yang MANTAP disegenap aspek.

Syukran..

Tuesday, January 26, 2010

:: Elaun: Belanja atau Simpan??


Konsepnya mudah..tapi seringkali dilupa..

pertamanya syukur kehadrat ALLAH kerana mengurniakan rezeki iaitu elaun kepada kita semua. terima kasih juga kpd pihak institut krn kita antara IPG paling awal dpt elaun.

kalu dipk dalam jangka masa yang singkat, mmgla elaun kita dikira banyak. tp sebenarnya sedikit bila kita tidak pandai menguruskan perbelanjaan kita..

Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah “Berjimat” supaya kita tidak susah di penghujung sem.

Sedangkan islam mengalakkan umatnya berjimat..

Begitulah juga kita dalam kehidupan seharian, selagi boleh berjimat..

Berjimatlah..

:: Renungan Buat Warga Guru IPGIK ::




Jalan ke Syurga Penuh Duri


Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga adalah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba yang bertaqwa dan beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi segala bentuk larangan-Nya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang perlu dibina dengan asas keimanan yang kukuh dan utuh terhadap maha pencipta iaitu Allah S.W.T. Sudah tentu bagi mereka yang mengerjakan ibadah kewajipan seperti solah, zakat, puasa dan haji amat payah kecuali mereka yang yakin dan beriman kepada Allah dengan sepenuh hati. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Diri perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang yang sentiasa bermujahadah dalam melawan hawa nafsu. Nabi juga pernah bersabda dalam hadis yang lain, baginda mengatakan jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu. Kebanyakan manusia mudah sekali tewas dengan hawa nafsu yang membawa ke arah kejahatan. Ada juga yang mengalah terlebih dahulu dan terus tunduk akan keinginan nafsu yang akhirnya membinasakan diri sendiri. Syaitan tidak pernah berasa jemu untuk menggoda kita malah nafsu juga tidak pernah berasa puas tetapi menjadikan kita begitu seronok dan hanyut sehingga lupa diri.

Jika kita turuti segala kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan. Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulanglah kepada kita hendak memilih jalan yang mana hendak kita turuti. Tepuk dada tanya iman dalam diri bukan tanya selera yang memang sentiasa suka kepada kehendak nafsu.

Sebenarnya tidak begitu susah hendak tergolong dikalangan yang layak untuk ke syurga tetapi ada jalannya yang perlu dituruti. Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali orang yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit atau gunung yang tinggi hanya orang yang lasak sahaja Berjaya sampai ke puncak.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi passport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal sahaja yang memililh kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sedikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tidak perasan sebenarnya kita berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawasi daripada serangan penyakit batin seperti ujub, riak, bongkak, sombong dan dengki yang secara tersiratnya akan merosakkan amalan. Di sinilah peranan ilmu tasawuf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan. Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingatkan kepada kita. Jika Allah tidak menggerakkan kita untuk beramal, kita tidak akan berama. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan menyangka kita yang beramal tetapi Allah yang menggerakkan kita untuk beramal. Jadi soal pahala tidak timbul. Sepatutnya kita perlu bersyukur kerana Allah gerakkan kita untuk beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran.

Ingat sekali lagi dengan pesanan Nabi SAW “Jalan ke syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke neraka pula dikelilingi dengan nafsu syahwat”. Oleh itu utamakanlah kepayahan keranan itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat keranan itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam.

BUTTON UNTUK DIJUAL

Exco Penerbitan JPP IPGM IK menyediakan jualan Button Badges. Harga RM 2.50 satu. Untuk Tempahan silalah hubungi Pengerusi Exco Penerbitan JPP IPGM IK sesi 2009/2011. setakat ini cuma dua design disediakan. tempahan adalah terhad..

Friday, January 22, 2010

:: Sebarang Maklumat ::


Kepada Warga Guru yang mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan, dan sebarang bentuk bahan bacaan untuk dikongsi bolehlah menghantar ke alamat E-MAIL kami iaitu

EMAIL: jpp_ipik@yahoo.com
atau
Exco Penerbitan : Encik Mohd Huzaifi bin Sulaiman
E-mail: zepyy_hizbullah@yahoo.com.my