Feature Top (Full Width)

Thursday, January 28, 2010

:: 28 Januari 2010 ::


Allhamdulillah.. syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita sama-sama menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dengan menghadirkan diri ke kuliah ataupun ke kelas masing-masing. Mulai tahun 2010, semakin hari semakin banyak kejutan yang kita tempuhi.. hari ini kita dikejutkan lagi apabila pintu pagar dikunci se awal jam 8.00 pagi dan kita tidak dibenarkan untuk makan di luar dan kita hanya dibenarkan untuk makan di café sahaja. Ini menimbulkan rase kurang senang sesetengah pelajar.

Walaupun begitu, kita janganlah cepat melatah. Setiap perkara mesti ada pro dan kontranya, pasti ada yang baik disebalik yang buruk dan pasti ada yang positif di sebalik yang negatif. Di harap perkara ini bukannlah menjadi satu bebanan kepada kita semua. Sebaik-baiknya kita perlu la berdoa kepada Allah S.W.T supaya setiap urusan kita dipermudahkan dan kita merasa bahagia dan tenang menuntut ilmu disini.

Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, salah satu masalah yang timbul adalah kesesakan di café.lagipun waktu rehat Cuma setengah jam. Makanan pun cepat habis dan tidak cukup untuk setiap pelajar kerana kebanyakkannya pelajar telah pun makan di café . Perkara ini terjadi kepada diri saya sendiri. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu perkara yg perlu digembar gemburkan.

Diharap sahabat kalian tidak menganggap perkara ini merupakan suatu masalah yang besar kepada kita. Kalian faham dengan erti pengorbanan? Anggapla ini cabaran kepada kita semua dalam mendisiplinkan diri kita untuk menjadi seorang guru yang MANTAP disegenap aspek.

Syukran..

2 comments:

Bro Fir said...

salam..allahu robbi..dugaa betul kan..
benar ada pro ada contra nya..tapi bro berat kepada menidakkan keputusan ini..

namun apakan daya kita, sami'na wa ato'na..dengar dan patuh..selagi tak bercanggah dgn hukum..

DaRi PeLaJaR UnTuK PeLaJar said...

salam..
satu demi satu pembaharuan giat di buat..ermm,namun begitu mampukah mengubah segalanya??