Feature Top (Full Width)

Friday, August 19, 2011

SEDERHANA TAPI BERMAKNA


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera semua.


Menjelang hari kemerdekaan negara kita pada tarikh 31 Ogos pada setiap tahun, sambutan hari kemerdekaan di IPG Kampus Ilmu Khas pada tahun ini disambut lebih awal, memandangkan pada minggu hadapan, ramai antara guru pelatih dari PISMP sem 2 dan 4 membuat interaksi selama seminggu di sekolah rendah yang lebih sinonim dengan nama Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ).

Kelab Rukun Negara bersama pensyarah dan guru pelatih yang lainnya membantu dalam menganjurkan sambutan yang serba sederhana ini, namun pengisiannya pada kali ini ringkas dan sarat dengan informasi berkaitan dengan kemerdekaan.

Sambutan hari kemerdekaan dimulakan dengan perarakan konvoi motorsikal guru pelatih bersama staff dan pensyarah yang membawa Jalur Gemilang.



Pengisian yang telah disampaikan dalam bentuk sketsa dan penceritaan oleh pelakon-pelakon sketsa episod-episod perjuangan mempertahankan tanah air serta penceritaan santai yang terdiri daripada atuk, nenek dan cucu-cucunya.



Antara pengisian dan informasi yang telah disampaikan ialah tentang perjuangan Syeikh Syed Al-Hadi dalam pengislahan dan menyampaikan ajaran Islam kepada orang-orang Melayu pada ketika itu.



Persembahan pengisian diteruskan lagi dengan deklamasi puisi dan sajak yang bertemakan kemerdekaan yang dideklamasikan oleh 3 orang guru pelatih.



Selepas itu, persembahan boria kemerdekaan yang dipersembahkan oleh guru pelatih dari Jabatan Kajian Sosial dan penampilan khas guru pelatih dari Jabatan Pendidikan Muzik sebagai penyanyi utama.


Sebelum majlis berakhir, aktiviti diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Semua para hadirin menyanyi dengan bersemangat sambil mengibarkan jalur gemilang yang diberikan sebelum masuk ke dalam dewan.


Timbalan pengarah dengan senyuman meninggalkan majlis.



Bersyukurlah kita semua dengan nikmat kemerdekaan yang telah dikurniakan oleh Allah. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, perlulah mempertahankan kemerdekaan ini, kerana ianya adalah amanah yang perlu kita jaga dengan sebaiknya. Merdekakan diri kita juga, merdeka dari aspek luaran dan dalaman, merdeka dari aspek rohani dan jasmani.

Tuesday, August 9, 2011

TAHNIAH PENGAKAP K.L.M 15 !!



Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, pada 5 hingga 7 Ogos 2011 ( Jumaat-Sabtu ), kontinjen Pengakap K.L.M 15, IPG Kampus Ilmu Khas telah menyertai
Jamboree On The Air ( JOTA ) & Jamboree On The Internet ( JOTI ) Asia Pasifik yang bertempat di Wisma Shafie Salleh, Balakong.



Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung, antaranya ialah :

-Talian stesen Radio Amatur
-Berkenalan dengan pengakap di seluruh dunia melalui internet
-Fox Hunting
- Kod Morse

Antara peserta lain yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 5 orang pengakap kelana Putrajaya dan 10 orang Pengakap dari IPG Kampus Pendidikan Islam.

Aktiviti dijalankan seperti biasa pada waktu siang, manakala pada waktu malam, aktiviti diteruskan selepas solat tarawikh selesai.

Dalam aktiviti yang telah dijalankan, peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas adalah peserta yang paling ramai dan menunjukkan komitmen yang terbaik sepanjang setiap aktiviti.
Beberapa orang pengakap dari kumpulan K.L.M 15 telah berjaya memenangi pertandingan yang diadakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Mereka ialah :


NOR RAMY BINTI MOHD LAZIM
( Panggilan Radio Amatur paling jauh- Jepun )




LATIFAH BINTI MOHAMAD
( Kenalan Pengakap di internet paling ramai )


MUHAMAD BUKHARI BIN ABDULLAH
( Tandatangan Call-sign Pemimpin terbanyak )

WAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN WAN IBRAHIM
( Pemenang pertandingan Kod Morse )

Cenderahati yang diterima oleh para pemenang telah disampaikan oleh Dato' Shafie Salleh, Ketua Pengakap Negara.

Para pemenang bergambar bersama Ketua Pengakap Negara, Ketua Pengarah Program, En. Amir Hamzah, Pengarah JOTA, En. Razif dan Pengarah JOTI, En. Sabri.




Para peserta yang sibuk melayan kenalan pengakap dari seluruh dunia melalui ruangan chat JOTI .




Thursday, August 4, 2011

Bubur Lambuk Sempena Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan izin serta rahmatNya, muslimin dan muslimat diberikan peluang untuk bertemu dan melalui semula bulan yang penuh dengan limpahan barokah, bulan yang paling mulia, bulan yang digandakan pahala ke atas semua amalan.

Itulah bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas mengambil peluang untuk bersama-sama warga IPGK IK dengan menyediakan juadah berbuka puasa serta moreh di surau At-Ta'dib IPGK IK .

Seawal jam 2 petang, penyediaan bubur lambuk tersebut telah dimulakan dengan memasak 2 periuk bubur lambuk, untuk diagihkan kepada pensyarah, staff dan kakitangan IPGK IK sebelum balik ke rumah masing-masing pada waktu petang, manakala yang selebihnya dijadikan juadah moreh selepas solat sunat Tarawikh.

YDP dan NYDP sedang menyediakan ramuan di ruangan dapur surau

Ust.Jainuddin, KJ JAPIM memantau aktiviti yang berlaku di surau.
Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial sedang gigih mengacau bubur.

Align Center" Terlebih air ni Kak Khalilah .. "

" Bau dah sedap, ok la ni ye " Tn. Hj Sharudin, KJ HEP turut datang membantu.


Alhamdulillah, sambutan bubur lambuk yang pertama kali dibuat pada Ramadhan tahun ini sangat baik. Ianya akan diteruskan pada minggu yang akan datang, insya'Allah dengan jumlah yang lebih banyak, bagi menampung jumlah jemaah di surau yang turut disertai oleh guru pelatih dari luar kampus.