Feature Top (Full Width)

Friday, October 15, 2010

::Ciri-Ciri Pendidik::


Assalamualaikum wbt


Tahap kualiti guru amat dituntut oleh setiap lapisan masyarakat dan merupakan satu jaminan kepada kejayaan anak bangsa di dunia mahupun di akhirat. Namun sejauh manakah ilmu yang kita tuntut terutamanya di IPG Ilmu Khas ini dapat memberi kesan positif kepada dunia pendidikan di Malaysia. Adakah kita semua sudah bersedia untuk menjadi guru? Bagaimana persediaan kita untuk menjadi seorang guru berkualiti terutama bagi pelajar PISMP semester 8 dan pelajar KPLI semester 2 yang bakal posting tidak lama lagi?


Menurut Imam Burhan al-Din atau Burhan al-Islam al-Zarnuji, di dalam kitabnya bertajuk Ta'lim al-Muta'allim-Tariq at-Ta'-allum, para pendidik muslim perlu memiliki:
1) 'Aqlun Zakiyun (akal yang cerdik)
2) Hirsun (keinginan yang kuat)
3)Ijtihad (usaha yang bersungguh-sungguh)
4)Bulghah (kecukupan dalam perbelanjaan)
5)Suhbah al-Ustaz (bersahabat dengan guru)
6)Tuul az-Zaman (masa yang panjang)


Jika diteliti dengan rapi, memang inilah keperluan yang perlu ada pada para guru dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.
Jadi renung-renungkanlah...





Hati-Hati di Jalan Raya::


Assalamualaikum wbt..
lame x update blog ni sbb bz kut or line kpmipg-guest or student ni sedikit bermasalah tp rasanya diri sendiri perlu bermuhasabah.. 'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'. Kata-kata hikmat inilah sedikit memberi motivasi untuk terus berusaha dan terus berusaha.


Petang semalam (13/10/2010), saya diberitahu seorang sahabat ipg kita iaitu Fakaruddin (betul x eja) pelajar pj sem 2 terlibat dengan kemalangan dan sekarang masih berada di wad Hospital Kajang. Keadaan dia sekarang sudah stabil walaubagaimapun masih perlu di tahan di wad dalam beberapa hari lagi. Moga sahabat kita cepat sembuh dan sama-samalah kita semua doakan.


Tertimbul di fikiran, kenapa boleh dikatakan kes kemalangan melibatkan sahabat ipg kita boleh dikatakan kerap berlaku. Mungkin kerana pelajar ipg kita kebanyakkan duduk di luar dan terdedah kepada kemalangan jalan raya. Justeru semua perlu berhati-hati semasa memandu...


Di sini satu tip ingin saya kongsikan untuk para pemandu iaitu bacaan doa naik kenderaan. 


Jika doa ini kita amalkan, Insya'Allah Allah akan lindungi kita dari sebarang kecelakaan jalan raya. Hanya Dia yang maha pemurah lagi maha penyayang.


sekian..


Saturday, September 25, 2010

adakah ipik berjaya merampas kembali piala daripada iptek?

KEJOHANAN RAGBI IK 10’S
PIALA PENGARAH KALI KE-3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


TARIKH:
25 - 26 SEPTEMBER 2010
TEMPAT:
 PADANG IPG KAMPUS ILMU KHAS

DIRASMIKAN OLEH :
 PUAN NOORUL AINI BINTI ABDUL RAHMAN
(PENGARAH IPG KAMPUS ILMU KHAS)




Saturday, July 31, 2010

ELauN:: BiLa DaPaT?




Assalamualaikum wbt. Moga sahabat sekalian masih dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang. Kenapa dengan gambar laut?.. Sebelum di ceritakan pasal elauan, renung-renungkanlah keindahan laut tersebut supaya jiwa kita semua tenang menghadapi segala cubaan.

Semalam, JPP mengadakan meeting bersama En Shaharudin atau En. Din iaitu Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Pada akhir meeting, JPP ada bertanya berkaitan elaun yang masih belum di perolehi. Ya.. mereka memang faham masalah kita. Mereka faham kehidupan di Kuala Lumpur memerlukan banyak duit lebih-lebih lagi pelajar yang sedang menjalani praktikum yang amat memerlukan duit untuk menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. 

Walaupun dah beberapa IPG yang telah memperolehi elaun, IPG kita masih berusaha untuk mendapatkannya. Untuk pengetahuan kalian, pihak pentadbiran kita akan terus berjuang supaya kita semua memperolehi elaun sebelum raya ini.  Kenapa masalah ini berlaku? Masalah ini berlaku kerana IPG kita masih belum memperolehi 'waran'. Waran tersebut sepatutnya diterima   pada bulan september. 

Harap sahabat sekalian terus bersabar.. Pihak pentadbiran terutama Pengarah, Timbalan Pengarah dan En Din terus menerus berusaha. Kita cuma perlu berdoa supaya kelambatan elaun kita ini ada jalan penyelesaiannya. 

Hidup  IPG IK!

sekian, wasalam

Tuesday, July 27, 2010

KaRNiVaL SuKaN PaRaLiMpIK 2010


Pada 24 & 25 Julai baru-baru ini, hampir 50 orang pelajar IPG IK telah menjadi sukarelawan di Karnival Sukan Paralimpik anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras, Padang IPG IK dan Stadium Badminton Kuala Lumpur. Karnival ini bertujuan bagi mengumpulkan atlet-atlet OKU yang dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia. Karnival sukan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Y.B Senator Hajjah Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil.  








Thursday, July 22, 2010

JAGUH RENTAK RIA IPG 2010


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG IK dengan kerjasama HEP akan menganjurkan satu pertandingan JAGUH RENTAK RIA IPG 2010 (JRR'10) (battle of the band).


Butiran pertandingan adalah seperti berikut:


Tarikh: 31 julai 2010 (8.00 malam)


Tempat: Dewan Dato' Razali Ismail IPG IK


Peserta: Guru Pelatih IPG Zon tengah dan beberapa pasukan   jemputan (9 pasukan)


Tiket:  RM 5.00 (pensyarah)
            RM 3.00 (pelajar)


Artis Jemputan : Joey BPR


"Bersamalah Memeriahkan Suasana"

MPPB ambilan JUN 2010















Monday, May 3, 2010

Seulas nangka



Alhamdulillah..
Elaun buku sudah masuk..
syukur yang tidak terhingga..
raut wajah setiap orang amat berseri tak seperti masam mencuka ketika sebelum menerima elaun..
semua orang gembira.. semua orang hepy..
tapi isu kemasukkan elaun buku yang lambat ni banyak memberikan hikmah kepada semua..
kita akan dapat menilai kawan yang bersama dengan kita di waktu senang dan susah..
nilai kita masih belum cukup 'bernilai' lagi bukan?..
amat banyak rungutan apabila elaun tidak masuk, tapi amat kurang ungkapan terima kasih di dengari..
apa pun syukur pada Allah dan terima kasih kepada pihak pentadbiran, HEP, JPP dan sahabat-sahabat yang masih menunjukkan nilai keguruan yang tinggi dalam menghadapi situasi ini. kita semua bersaudara.. 1 IPG KIK!!!


Salam



Wednesday, April 28, 2010

Cabaran Elaun Buku::


Assalamualaikum
Sudah lama blog ini tak di postkan. sudah banyak aktiviti maktab berlalu tetapi saya tidak sempat untuk postkan kerana agak busy. tapi itu hanyalah alasan semata-mata. sebelum itu saya ingin  mengucapkan jutaan tahniah kepada kolej kediaman damai yang menjuarai 2 daripada 3 persembahan yang dipertandingakan pada malam gala beberapa hari lepas. Tak di lupakan juga kepada kolej kediaman aman yang membuat persembahan yang begitu mantap dalam acara persembahan bebas. Selain itu pada 24 april lepas Gabungan Organisasi Aceh tengah telah mengadakan Persembahan Kebudayaan Aceh. Ibu-ibu dari aceh sana telah mengadakan beberapa persembahan antaranya Tarian Munalo, Sendratari Puteri Bunsu, Nyanyian Lagu Tawar Sedenge, Uyem & Bungong Jeumpa yang diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas. Terima kasih diucapkan kepada warga aceh yang sudi mengadakan persembahan yang begitu mantap di institut kami ini.


Elaun. Persoalan mengenai elaun buku masih menjadi tanda tanya walaupun telah diperjelaskan dengan terperinci oleh Timbalan Pengarah pada minggu lepas sewaktu tutorial besar. Segala persoalan yang cuba dikemukakan wakil pelajar terjawab. Terima kasih kepada yang bertanya iaitu saudara Kamarul, Ijat, Zubir dan Amjad. Kredit juga kepada timbalan pengarah yang sanggup 'turun padang' bagi mendengar permasalahan pelajar. Walaubagaimanapun isu utama iaitu elaun buku masih belum terjawab sepenuhnya apabila sampai saat ini elaun tersebut masih belum diterima oleh pelajar. Cakap-cakap yang kurang enak telah kembali meliar tanpa di tapis oleh nikmat akal yang sepatutnya dapat 'berfungsi' seperti pemikiran sebagai seorang guru. 


Ya.. sampai saat ini elaun masih belum diterima pelajar. Ujian dan dugaan ini datang tanpa di duga. Memang ujian dan dugaan tak mengenal masa dan tuannya. Hanya Allah yang berhak menguji hambanya. Apabila saya cuba merisik facebook, perkara yang paling mendukacitakan adalah sikap tuduh menuduh dan juga pertelingkahan sesama pelajar sehinggakan timbul rasa tidak puas hati yang boleh membawa kepada pergaduhan yang lebih besar. Perlu diingatkan, isu elaun bukanlah isu di antara sesama pelajar. Kenapa perlu hendak bergaduh dan bertegang leher? Tak di nafikan desakan-desakan dan juga tekanan yang di salurkan melalui FB boleh membuka mata kepada pihak yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini. Memang kita perlu bersuara. Tapi biarlah 'suara' kita di pandang ilmiah oleh pihak yang bertanggungjawab. Biarlah elaun belum diperolehi lagi, tapi janganlah kita perolehi musuh pula. 


Insya'Allah, elaun tersebut kita akan perolehi. Allah amat suka kepada hambanya yang bersabar. Allah amat sayangkan kepada hambanya yang bersabar.


Sekian,


Yang benar,
tak suka gaduh-gaduh.



Besday boy::


Salam di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 22 (26 april) kepada saudara aizuddin merangkap pengerusi Biro Kerohanian. semoga berkekalan bahagia dengan orang tersayang..

Wednesday, April 14, 2010

TABARRUJ

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di
bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi
‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan
kecantikan rupa parasnya.”
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari
bermake-up (tabarruj).
Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah
s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-
Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat
wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya”(al-Nur: 31) bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan
menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang
mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia
bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian
dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari
akhirat kelak.
Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawa
sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh
membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini
hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut
kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.
Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen
pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada
tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini
didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan
TABARRUJ!.
Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini
diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala
3
rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung,
dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin
bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.
Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,
kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas
bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.
Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata
memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang
mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai
fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.
Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah
s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.
Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga
tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman
Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!
Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud “Dan
jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan” (al-Nur: 31). Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengah
golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki
hingga terlihat perhiasan tersebut.
Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan
badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang
ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini
dimaafkan.
Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan
kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah
perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)
Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagian
daripada ‘aurat wanita juga.
Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan,
maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum
wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila
melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa
kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu
Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis.
Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak
harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Di samping itu
Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.
Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana di
luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak
4
menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera
jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada
teguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah
menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.
Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allah
s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggotaanggota
tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi,
umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya,
maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu
juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai
atau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan.
Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarang
kemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untuk
dipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapat
menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.
Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan
kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap
lelaki. Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pula
bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah. Perbuatan tadi umpama
membentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapkah yang tidak
terbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allah
s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara
penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah
kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan)
pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30)
Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan
mereka dengan firmanNya: “Hendaklah mereka menahan pandangannya…..”
Analisa ini semua ialah: Pandangan boleh membawa kepada zina

al mukminah as-solehah

Alhamdullilah, kita sungguh-sungguh berasa bersyukur kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah kita dapat
menyusun sebuah makalah kecil yang diberi judul AL MUKMINAH AS
SOLEHAH. Makalah ini, InsyaAllah sesuai dibaca oleh masyarakat umum
lebih-lebih lagi bagi wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekati
ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali
kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh
Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah
diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam).
Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah
(keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan
memperbaiki wanita.
Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula
sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi
sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan
kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan
bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang
ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang
wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan
seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui
proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka
malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita
yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami
peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu
memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana
Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan
mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki
keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.
Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia
sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf
wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah
Rasulullah S.A.W.
Al-Mukminah As-Solehah
3
Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku
menyaksikan Rasulullah SAW membuat empal garis di atas batu sambil
berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt.
Khuwailid, Falimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri
Firaun.
Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang
lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan
sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada
hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari
ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T
dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga
daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita
perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang
suci lagi mulia ini.
Sekian, wassalam

Tuesday, April 6, 2010

Selamat Datang Timbalan Pengarah IPG IK yang baru::






Selamat datang buat En. Shaari bin Osman (gambar) yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus IlMU KHAS yang baru bagi menggantikan Puan Darawisah binti Ahmad Sayuti yang berpindah ke kampus induk. Beliau merupakan bekas timbalan pengarah dari IPG kampus DARUL AMAN. Hanya itu sahaja maklumat yang saya dapat. Itupun cuba cari dari portal IPG KDA. Insya'Allah kita akan kenal beliau pada perhimpunan yang akan datang nanti..
Apa pun  selamat menjalankan tugas sebagai warga IPIK buat En Shaari..

Amin.......

Monday, April 5, 2010

Elaun buku: Gosip terbaru


Dengar-dengar dari pihak yang bertanyakan kepada HEP bila elaun buku nak masuk, katanya 7 april ini.

Tapi sejauh mana kebenaran tak boleh dipastikan lagi kerana sebelum ini pun dah banyak kali dah gosip pasal elaun buku ini. Lagipun bukan HEP yang bertangungjawab pasal kewangan ini. Sampai sekarang ia masih menjadi tanda tanya buat kita semua. Tapi kalau betul-betul masuk 7 april ini ia betul-betul bagaikan rahmat buat kita semua

walauapapun.. jadilah orang yang sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuannya.. Amin.....

Mereka hanya......


Mereka ada keluarga, mungkin juga mereka masih mempunyai ibu bapa. Mereka perlu mencari duit untuk menanggung semua bebanan dan tanggungan mereka. Mereka tak salah apa-apa pun. Mengapa kita nak marah mereka? Bukan mereka yang menghalang kita. Bukan mereka yang menyusahkan kita. 

Mereka hanya buat kerja..

Mereka setia terpacak disisi pagar dalam panas terik demi menjaga keselamatan kita. Mereka masih memerhati di sekeliling institut di saat kita lena dibuai mimpi indah bagi menjamin keselamatan kita. 
Mereka ada kereta besar? Mereka punya rumah besar? Mereka kaya raya? Jauh sesekali tidak.. Kita? Mengapa kita nak salahkan mereka.

Mereka hanya buat kerja...

Tapi mengapa kita nak menghalang mereka dari melakukan kerja yang mulia itu?
Mengapa? Kerana keselesaan kita di tarik? bertapa selesanya kita di anugerahkan oleh Allah. tapi mengapa kita mudah alpa, tak bersyukur kepada ALLAH?


Mereka hanya buat kerja...

Tiap-tiap hari kita pandang mereka.. tiapa-tiap hari mereka menghadiahkan sekuntum senyuman buat kita sebelum kita melangkah masuk ke IPG ini.. adakah salah mereka? mereka tak buat apa-apa pun selain menjalankan tugas demi mencari secebis rezeki... Kenapa mereka dipersalahkan..


Mereka hanya buat kerja..

Tapi kenapa sanggup marah mereka? kenapa nak salahkan mereka? kenapa nak menghalang mereka buat kerja?

Mereka hanya buat kerja..

Kalau mereka tak buat kerja? nanti 'bos' mereka marah.. 'bos' mereka pecat mereka... 
Jadi dia nak kerja apa? nak cari duit kat mana? nak tanggung keluarga macam mana? sapa nak bagi mereka duit kalau mereka tak buat kerja? 


Mereka hanya buat kerja..

kerja................ tak lebih dari itu..
tak ada niat nak halang pelajar.. tak ada niat nak sekat pelajar.. tak ada niat nak susahkan pelajar... mereka cuma nak jalankan tugas..


Mereka hanya buat kerja..

tak ada salahnya bekerja sebagai 'pak guard' di institut ini..
rezeki mereka halal..
dan.............................
MEREKA HANYA BUAT KERJA yang telah di amahkan oleh pihak atasan.. 

p/s kejadian di gate hadapan sebentar tadi tak sepatutnya berlaku.. tiada ulasan pasal kes tersebut.. dan saya sendiri tak nak ulas panjang-panjang kes tersebut. tapi ingatlah mereka tak bersalah. kes tersebut tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi kita sebagai seorang bakal guru.. mereka hanya buat kerja..


p/s pak guard.. saya ngin memohon maaf jika ada salah dan silap dengan pak guard..
HIDUP PAK GUARD!


salam.







 

Sunday, April 4, 2010

Salam Takziah buat saudari Ella Farini


Salam Takziah buat saudari Ella Farini (N.Pengerusi Biro Makanan JPP IPG ILMU KHAS 09/11) yang telah kehilangan seorang abang yang amat disayangi pada hari khamis malam jumaat (1 april 2010).
Marilah kita sama-sama sedekahkan al_fatihah buat arwah. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.


kepada saudari Ella, 
sesungguhnya Allah lebih sayangkan abang saudari..
yakinlah pada ketentuan Ilahi yang mempunyai hak kepada setiap hambanya..
Sentiasalah iringikan arwah dengan doa semoga roh abang saudari sentiasa di cucuri rahmat..
dan teruskanlah berjuang sebagai seorang pejuang islam yang sentiasa mencari keredhaan Ilahi..


Sekian

Mesej untuk seseorang....


ibu... ayah... abang... akak.. 
maafkanku.. aku banyak buat salah.. suka menyusahkan kamu semua..ibu.. aku ingin menjadi orang sepertimu.. tabah ketika melahirkanku.. sesetabah kau membesarkan dan mendidikku..
ayah...
ko tetap di hatiku.. aku ingin gigih sepertimu... aku bangga denganmu usahamu...
emak.. aku amat menyayangimu..
ayah.. aku sayang ayah...
maafkanku... aku sepatutnya membanggakanmu sesebangga ibu dan ayah di saat melahirkanku..
 ________________________________________________________

ya Allah..
Engkau ampunilah dosaku ini..
ya Allah..
ko terimalah taubatku ni...
ya Allah...
aku memohon kepada mu..
aku insan yang lemah...
aku lalai...
aku alpa...
nafsuku telah menguasai ku
aku lemah.. 
aku tak berdaya menolak segala pujuk rayu..
Syaitan mudah menjinakkan ku..
ya Allah..
Masihkah ada ruang buat diriku untuk taat kepada-MU..
aku perlukan hidayahmu ya Allah..


 p/s
sesungguhnya Allah maha penerima taubat.. masih belum terlambat untuk kita.. apa yang berlaku.. telah berlaku.. adakah kita boleh undurkan balik?.. sesali apa yang berlaku... jangan kita ulanginya lagi..


sesungguhnya Allah itu maha menerima taubat..
"Seorang hamba melakukan dosa, dan berdo'a: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdo'a: Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu. Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdo'a: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, (diulang tiga kali) dan silahkan ia melakukan apa yang ia mau" [Hadits Muttafaq alaih: lihat: al Lu'lu wa al Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Bari juz 13 hal. 46 dan setelahnya]. 


p/s mesej ini memag ada mengena dengan seseorang.. harap mesej ini sampai...

Harga sebuah kereta dan seorang anak....


ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...
kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal
ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si
pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa
yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang
sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan

diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan
anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si
ibu
juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup
semula

pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA

Thursday, April 1, 2010

HIKMAH BERTUDUNG...BAGI YANG TIDAK MENGERTI...


Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi< iktibar bagi kita semua. Wassalam...



rujukan: http://www.muslimsocial.com/blogs/blog_messages?blog_id=2319020

Elaun Buku?!


Elaun? elaun buku tak masuk lagi?
bila Elaun buku nak masuk?
Lambat lagi ke?
dengar-dengar paling lewat 1 april?


Elaun buku setakat yang saya tulis post ni masih belum keluar lagi. bila nak keluar saya masih belum dapat jawapan yang setepatnya lagi. wakil kami dari pihak jpp sudah berapa kali bertanya perihal elaun ini tetapi tiada jawapan yang menyakinkan yang di berikan oleh pihak HEP.
Di harap sahabat sekalian bersabar dan Insya'Allah kita semua akan mendapat elaun dalam masa yang terdekat ini.
sekian..