Feature Top (Full Width)

Wednesday, April 14, 2010

al mukminah as-solehah

Alhamdullilah, kita sungguh-sungguh berasa bersyukur kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah kita dapat
menyusun sebuah makalah kecil yang diberi judul AL MUKMINAH AS
SOLEHAH. Makalah ini, InsyaAllah sesuai dibaca oleh masyarakat umum
lebih-lebih lagi bagi wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekati
ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali
kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh
Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah
diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam).
Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah
(keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan
memperbaiki wanita.
Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula
sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi
sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan
kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan
bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang
ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang
wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan
seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui
proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka
malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita
yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami
peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu
memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana
Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan
mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki
keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.
Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia
sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf
wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah
Rasulullah S.A.W.
Al-Mukminah As-Solehah
3
Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku
menyaksikan Rasulullah SAW membuat empal garis di atas batu sambil
berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt.
Khuwailid, Falimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri
Firaun.
Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang
lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan
sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada
hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari
ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T
dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga
daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita
perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang
suci lagi mulia ini.
Sekian, wassalam

No comments: