Feature Top (Full Width)

Thursday, August 4, 2011

Bubur Lambuk Sempena Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan izin serta rahmatNya, muslimin dan muslimat diberikan peluang untuk bertemu dan melalui semula bulan yang penuh dengan limpahan barokah, bulan yang paling mulia, bulan yang digandakan pahala ke atas semua amalan.

Itulah bulan Ramadhan.

Di kesempatan ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas mengambil peluang untuk bersama-sama warga IPGK IK dengan menyediakan juadah berbuka puasa serta moreh di surau At-Ta'dib IPGK IK .

Seawal jam 2 petang, penyediaan bubur lambuk tersebut telah dimulakan dengan memasak 2 periuk bubur lambuk, untuk diagihkan kepada pensyarah, staff dan kakitangan IPGK IK sebelum balik ke rumah masing-masing pada waktu petang, manakala yang selebihnya dijadikan juadah moreh selepas solat sunat Tarawikh.

YDP dan NYDP sedang menyediakan ramuan di ruangan dapur surau

Ust.Jainuddin, KJ JAPIM memantau aktiviti yang berlaku di surau.
Pengerusi Biro Kebajikan & Sosial sedang gigih mengacau bubur.

Align Center" Terlebih air ni Kak Khalilah .. "

" Bau dah sedap, ok la ni ye " Tn. Hj Sharudin, KJ HEP turut datang membantu.


Alhamdulillah, sambutan bubur lambuk yang pertama kali dibuat pada Ramadhan tahun ini sangat baik. Ianya akan diteruskan pada minggu yang akan datang, insya'Allah dengan jumlah yang lebih banyak, bagi menampung jumlah jemaah di surau yang turut disertai oleh guru pelatih dari luar kampus.