Feature Top (Full Width)

Wednesday, April 14, 2010

TABARRUJ

Tabarruj, ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di
bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi
‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan
kecantikan rupa parasnya.”
Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping
menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang
demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari
bermake-up (tabarruj).
Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah
s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-
Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami
mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat
wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan
apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam
firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke
dadanya”(al-Nur: 31) bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan
menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang
mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia
bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian
dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari
akhirat kelak.
Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Janganlah menampakkan perhiasan”(al-Nur: 31). Dengan ini jelas bahawa
sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh
membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini
hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut
kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.
Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen
pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada
tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini
didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan
TABARRUJ!.
Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini
diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala
3
rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung,
dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angin
bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.
Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota,
kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas
bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya.
Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata
memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang
mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai
fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.
Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah
s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda.
Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga
tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman
Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!!
Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud “Dan
jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan” (al-Nur: 31). Dari kandugan ayat ini, Allah juga melarang setengah
golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki
hingga terlihat perhiasan tersebut.
Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan
badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang
ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini
dimaafkan.
Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan
kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah
perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32)
Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagian
daripada ‘aurat wanita juga.
Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan,
maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum
wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila
melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa
kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu
Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis.
Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak
harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Di samping itu
Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan.
Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana di
luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak
4
menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera
jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada
teguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah
menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi.
Kesimpulan maksud hadith di atas, bolehlah difahamkan bahawa Allah
s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggotaanggota
tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi,
umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya,
maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung. Begitu
juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai
atau seumpanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan.
Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarang
kemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untuk
dipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapat
menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang.
Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan
kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap
lelaki. Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pula
bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah. Perbuatan tadi umpama
membentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapkah yang tidak
terbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allah
s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara
penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah
kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan)
pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30)
Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan
mereka dengan firmanNya: “Hendaklah mereka menahan pandangannya…..”
Analisa ini semua ialah: Pandangan boleh membawa kepada zina

al mukminah as-solehah

Alhamdullilah, kita sungguh-sungguh berasa bersyukur kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah kita dapat
menyusun sebuah makalah kecil yang diberi judul AL MUKMINAH AS
SOLEHAH. Makalah ini, InsyaAllah sesuai dibaca oleh masyarakat umum
lebih-lebih lagi bagi wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekati
ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali
kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh
Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah
diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam).
Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah
(keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan
memperbaiki wanita.
Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula
sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi
sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan
kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan
bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang
ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang
wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan
seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui
proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka
malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita
yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami
peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu
memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan kesana
Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan
mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki
keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.
Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia
sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf
wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah
Rasulullah S.A.W.
Al-Mukminah As-Solehah
3
Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku
menyaksikan Rasulullah SAW membuat empal garis di atas batu sambil
berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt.
Khuwailid, Falimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri
Firaun.
Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang
lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan
sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada
hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari
ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T
dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga
daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita
perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang
suci lagi mulia ini.
Sekian, wassalam