Feature Top (Full Width)

Monday, July 25, 2011

IPG Kampus Ilmu Khas Johan I-CoN '11 !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillahirabbil 'alamin.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT, atas kejayaan kita semua dalam menjayakan 'Ilmu Khas Carnival of Nasyid 2011' ( I-CoN '11 ) pada 23 Julai 2011, bersamaan dengan 22 Sya'ban 1432 H, pada hari Sabtu lepas.

I-CoN '11 dianjurkan oleh JPP IPG Kampus Ilmu Khas, dengan kerjasama semua guru pelatih IPG IK, khususnya Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) serta beberapa organisasi luar yang turut memberikan kerjasama dalam program ini khusunya pihak HPA, DBKL, Yayasan Pendidikan Cheras ( YPC ), Iluvislam dan Karangkraf.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dalam program ini, antaranya ialah Forum, yang dianjurkan oleh Iluvislam dan Karangkraf, iaitu FEWWIT ( Fun and Exciting Weekend With Iluvuslam Team ) yang telah menampilkan beberapa personaliti seperti Ahmad Fedtri Yahya, Imam Muda Nuri, Dr HM Tuah Iskandar, Ustaz Abdullah Zuhdi Mamat serta penampilan khas Imam Muda Syakir.



Ekspo yang telah diadakan dari pagi hingga ke malam. Banyak booth jualan dibuka, bukan sahaja dari kalangan guru pelatih, malah turut melibatkan pihak luar, seperti Iluvislam Marketing, Aqsa Syarif, Malaysia Relief Agency, Les Copaque dan pelbagai jenis makanan yang dijual oleh guru pelatih.



Serentak dengan itu, beberapa aktiviti lain juga diadakan, seperti futsal dan memanah yang diadakan di padang.



Di malam hari, aktiviti kemuncak, iaitu pertandingan akhir nasyid antara IPG Zon tengah yang disertai oleh IPG Kampus Pendidikan Islam, Pendidikan Teknik, Bahasa Melayu dan tuan rumah sendiri, Ilmu Khas.



Selesai pertandingan akhir nasyid, pihak penganjur juga menjemput kumpulan nasyid terkemuka tanah air, kumpulan Raihan. Dengan mempersembahkan 4 buah lagu, iaitu Puji-pujian, I'tirof, Allahu dan Thank You Allah, para hadirin yang datang memeriahkan program dalam Dewan Dato' Razali Ismail tidak rugi membeli tiket yang berharga RM5 menyatakan rasa berpuas hati dengan persembahan nasyid dari 4 kumpulan yang bertanding serta persembahan artis nasyid jemputan.



Terima kasih kepada 2 orang juri jemputan, iaitu salah seorang dari ahli kumpulan nasyid yang terkenal dalam kalangan remaja, dari kumpulan Saujana dan Nowseeheart.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Islam for All yang mewakili IPG Kampus Ilmu Khas yang telah memenangi pertandingan nasyid yang dipertandingkan.

Banyak respon yang diterima dari laman sosial serta dari para hadirin sendiri berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Alhamdulillah.. syukur kepadaMu ya Allah..