Feature Top (Full Width)

Thursday, February 23, 2012

2012 : Tiada Pembuangan Undi untuk Pilih JPP

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan selamat sejahtera kepada semua warga kampus..



Pilihanraya Kampus atau lebih dikenali sebagai PRK adalah rutin tahunan bagi setiap instusi pendidikan untuk memilih wakil pelajar yang akan menerajui tampuk kepimpinan yang baru melalui proses undian oleh pihak pelajar.

Sistem seperti ini adalah hampir sama dengan sistem untuk memilih pemimpin di peringkat negara khususnya, apabila wakil rakyat yang dirasakan boleh dan mampu untuk memimpin dicalonkan untuk bertanding.

Sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk PRK IPG Kampus Ilmu Khas pada tahun 2012 telah membuka penyertaan kepada pelajar untuk menjadi calon dan seterusnya yang menang akan menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)melalui pilihan secara undian.

Berikut adalah serba-sedikit maklumat berkenaan dengan PRK, sebelum dan selepas:


SEBELUM.

Maklumat terkini mengenai pilihanraya kampus 2012..
Daripada Keputusan Mesyuarat SUruhanjaya pilihanraya(SPR)..Pilihan raya kampus akan diadakan pada 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)..

Borang-borang pencalonan boleh mula didapatkan di pejabat HEP mulai esok(10/2/2012) sehingga lah 14/2/2012..borang yang telah siap diisi boleh dihantar di HEP beserta wang cagaran sebanyak RM20(dipulangkan semula jika calon tidak melanggar peraturan pilihanraya dan mendapat undi lebih dr 1% undi majoriti)

Tarikh penamaan calon adalah pada 15 FEBRUARI 2012

Calon yang layak bertanding akan diumumkan pada 16 FEBRUARI 2012

Tempoh berkempen adalah dari 17 FEBRUARI 2012 hingga 23 FEBRUARI 2012 (1Minggu)

Syarat-syarat calon yang layak bertanding
- Calon mestilah pelajar sepenuh masa dan pernah menduduki peperiksaan akhir semester dan masih bergelar pelajar sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai JPP bermula JAN 2012 hingga JAN 2013
(PPISPM Sem 2 kecuali TESL Sem 2, Semua PISMP Sem 1,Sem 3 dan Sem 5 adalah layak bertanding)
- Mempunyai PNGK sekurang-kurangnya 3.00 keatas
- Tidak pernah disabitkan dengan tindakan Akta 174 (pernah digantung pengajian atau mengambil peperiksaan ulangan kerana tidak boleh menduduki peperiksaan asal)

Format pertandingan :
- Terbahagi kepada 2 kategori iaitu AMT (ahli Majlis tertinggi) sebanyak 7 kerusi dan AMM (Ahli majlis Mesyuarat) sebanyak 20 kerusi..
- calon boleh memilih untuk bertanding dalam salah satu kategori..
- tidak ada lagi pertandingan untuk merebut jawatan yang spesifik..jawatan atau bidang tugas hanya akan diputuskan sndiri sesama JPP yg menang dlm pilihanraya melalui satu mesyuarat khas

AMT terdiri daripada YDP,NYDP 1&2, S/U & naib S/U, Bendari & Naib bndri (jawatan ini akan diputuskan sendiri oleh mesyuarat AMT bg calon yg menang dlm pilihanraya)

AMM terdiri daripada 10 biro dan kesemua 20 calon yg menang dalam pilihanraya akan hanya mndapat bidang tugas yang spesifik setelah bermesyuarat bersama AMT bg menentukan bidang tugas yang sesuai bAgI setiap individu.


CADANGAN PROSES PILIHANRAYA.

1. 10/2/12 NOTIS DAN ISYTIHAR PILIHANRAYA
2. 10-14/2/12 PEMBUKAAN BORANG PENCALONAN. BOLEH DAPATKAN DI KAUNTER JHEP.
3. 15/2/12 HARI PENAMAAN CALON
4. 16/2/12 UMUM CALON YANG BERTANDING OLEH SPR PADA JAM 12.30 TENGAH
HARI.
5. 16/2/12 BANTAHAN PENCALONAN PADA JAM 12.30 TENGAH HARI – 1.30 PETANG.
6. 16/2/12 ISYTIHAR PILIHANRAYA JAM 1.30 PETANG.
7. 17-23/2/12 KEMPEN PILIHANRAYA
8. 24/2/12 HARI PEMBUANGAN UNDI
TEMPAT : DDRI, BLOK TESL & BILIK RECITEL BLOK MUZIK
9. 24/2/12 PENGIRAAN KERTAS UNDI
10. 24/2/12 BANTAHAN KEPUTUSAN PEMILIHAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN DALAM
MASA SATU JAM SELEPAS PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN.


SELEPAS.

Secara tidak rasminya saya ingin maklumkan bahawa pilihanraya kampus telahpun selesai dan proses pengundian tidak dapat dijalankan kerana jumlah pencalonan telah memenuhi kerusi yang dipertandingkan..

walaupun kita menerima banyak pencalonan berbanding tahun lalu tetapi disebabkan jumlah kerusi yang dipertandingkan lebih bnyak iaitu 27 kerusi brbnding 15 kerusi pada tahun lepas ..jadi kesemua calon yang masuk bertanding telah secara tidak rasminya menang tanpa bertanding dan tiada sebarang bantahan diterima sehingga pukul 4.30 ptg td..

berikut adalah jumlah pencalonan :

AHLI MAJLIS TERTINGGI (AMT)
Jumlah kerusi yg dipertandingkan : 7
Jumlah pencalonan : 7
* semua yg masuk bertanding menang tanpa bertanding

AHLI MAJLIS MESYUARAT (AMM)
Jumlah kerusi: 20
pencalonan : 18
* Semua menang tanpa bertanding dan 2 calon akan dilantik sebagai senator oleh AHLI MAJLIS TERTINGGI melalui sidang dewan bersama AMM dengan persetujuan PENGARAH..


Sumber :
WAKIL SURUHANJAYA PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR.

SAMBUTAN SEMAKIN HAMBAR SETIAP TAHUN.

Sistem PRK pada tahun sebelumnya hanya mempertandingkan beberapa kerusi utama sahaja, iaitu untuk kerusi Ahli Majlis Tertinggi serta Pengerusi bagi setiap exco sahaja.

Namun begitu, sambutan yang kurang memuaskan telah dibuktikan apabila hanya 9 penyertaan untuk pencalonan bagi beberapa kerusi yang dipertandingkan, dan masih banyak lagi kerusi kosong yang telah terisi dengan kemenangan tanpa sebarang pertandingan. Walaupun penyertaan bagi PRK pada tahun ini lebih banyak daripada tahun lepas, namun sistem baru yang diperkenalkan nampaknya menjadikan PRK semakin tidak mendapat tempat di hati para siswa yang sememangnya mengharapkan calon-calon yang ingin mereka pilih sebagai pemimpin dapat menunjukkan komitmen mereka untuk menang dengan menghidupkan suasana PRK yang meriah seperti tahun-tahun sebelum ini, yang mana pembuangan undi tetap dijalankan walaupun tidak semua kerusi ada wakil yang bertanding.

Tindakan meniadakan pembuangan undi untuk memilih pemimpin pelajar nampaknya mendapat respon yang tidak begitu baik daripada para siswa secara keseluruhannya, berikutan ramai pelajar yang memberitahu secara lisan dan juga daripada sumber-sumber lain yang menyatakan rasa tidak begitu berpuas hati kerana tidak dapat mengundi, dan mengharapkan warna-warni PRK seperti yang sebelum ini dipertimbangkan semula untuk dilaksanakan.

Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan ini.

Sehubungan dengan itu, dalam ruangan portal siswa kampus ada menyatakan statistik punca-punca PRK pada setiap tahun semakin kurang mendapat sambutan.

Berikut antara punca yang telah direkodkan mengikut urutan statistik bilangan undian:

1- JPP diberi pengecualian untuk tugas rasmi, tetapi diminta mengganti semula pengecualian tersebut ( patching )

2- JPP merupakan wadah untuk menyampaikan suara siswa, tetapi tidak diberi peluang

3- Kurangnya kepimpinan yang baik dalam kalangan siswa

4- Ramai siswa yang malas untuk mengambil tahu hal seperti ini

5- Tindakan dikenakan sewenang-wenangnya kepada siswa tanpa memberi ruang untuk memberi penerangan dan mengetahui hal yang sebenar berkaitan masalah siswa

6- JPP seringkali tidak masuk ke kelas & mengakibatkan prestasi akademik menurun

7- JPP dianggap orang suruhan HEP

dan pelbagai lagi sebab yang boleh dianggap sebagai sebab yang relevan, berkenaan tentang pendapat para siswa tentang punca-punca PRK pada setiap tahun semakin kurang mendapat sambutan.

Seperkara yang perlu diingatkan kepada semua, bahawa menjadi pemimpin kampus adalah salah satu peluang dan medan untuk mempraktik dan mengaplikasikan segala pelajaran yang telah diperolehi, lebih-lebih lagi untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti.

Selain itu, adalah tidak dinafikan, kelompok anak muda pada masa kini adalah cerminan kepada barisan pemimpin yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Jika istilah cermin itu kita amati, adalah sesuatu perkara yang merisaukan sekiranya beginilah sifat dan sikap anak muda yang ltidak begitu mengambil berat tentang hal-hal dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan, maka bermula dari saat ini juga kita sudah boleh membaca sorotan kisah kepimpinan negara kita pada masa akan datang..

Tuesday, February 21, 2012

Jalanraya rosak teruk

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan selamat sejahtera kepada semua warga kampus..


[open in new tab untuk paparan foto yang lebih jelas]

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pembaharuan serta pembangunan yang telah dilaksanakan di kampus kita, seperti yang kita sedia maklum, Dewan Dato' Razali Ismail yang sebelum ini dikenali dengan nama Dewan Besar IPIK kini dinaik taraf dengan adanya pendingin hawa di dalam kawasan dewan dan juga bilik audio yang lengkap dengan bermacam-macam peralatan, penambahbaikan dari aspek infrastruktur di Kolej Kediaman Aman, penanaman semula rumput di padang, pembinaan kolam mini di hadapan stor sukan, penambahan kubah pada Surau Ta'dib serta yan terbaru sekali ialah penambahan tapak letak kenderaan di hadapan kawasan surau dan Jabatan Sains Sukan.

Fokus utama yang hendak diberi penekanan ialah pada aspek keselamatan para pengguna jalanraya yang melalui pintu masuk belakang kampus, khususnya para pelajar yang tinggal di luar kampus, staff yang mempunyai urusan di luar serta pengguna yang lain.


[open in new tab untuk paparan foto yang lebih jelas]

Hal ini kerana, kemasukan lori yang membawa masuk bekalan tanah untuk menambak kawasan gaung di hadapan Jabatan Sains Sukan dan juga Surau Ta'dib telah menyebabkan kerosakan yang teruk pada struktur sepanjang jalan bermula dari hadapan pintu pagar belakang serta beberapa kerosakan yang kian bertambah di hadapan kawasan surau sangat membimbangkan.

Pembinaan yang bermula lebih kurang beberapa minggu yang lepas kini masih lagi dalam proses yang dianggarkan dalam beberapa bulan untuk siap sepenuhnya.


[open in new tab untuk paparan foto yang lebih jelas]


Dinasihatkan kepada semua pengguna jalanraya yang melalui jalan yang telah rosak itu agar mengurangkan kelajuan, terutama ketika hendak naik ke atas serta turun ke bawah. Untuk pemandu kereta pula, diingatkan agar sebaiknya tidak melalui jalan yang rosak itu, kerana keadaan kerosakan yang sangat teruk tidak mengizinkan untuk kenderaan melepasi pintu pagar belakang, berikutan lubang pada kerosakan itu ditimbus dengan tanah merah yang memburukkan lagi keadaan.

Sekadar peringatan untuk semua, semoga kita sama-sama mendapat manfaat, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda;

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.”