Feature Top (Full Width)

Saturday, May 5, 2012

Kempen kurangkan penggunaan polisterin


Salah satu usaha yang telah diambil untuk memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih untuk menjaga alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan polisterin dalam setiap aktiviti yang diadakan di dalam dan luar kampus antaranya semasa hari sukan (KOT), hari etnik (UNGA), malam aprisiasi dan lain-lain lagi. 


Amalan mengurangkan penggunaan polisterin perlu dipupuk sedikit demi sedikit dalam kalangan warga kampus kerana kebiasaannya setiap aktiviti yang dijalankan yang berkaitan dengan makanan pasti akan menggunakan polisterin. 

Oleh itu, semasa Hari Etnik (UNGA) yang diadakan pada 28 April yang lalu, para pelajar dikehendaki membawa bekas air sendiri untuk mengisi minuman kerana polisterin atau plastik bungkusan makanan tidak disediakan oleh AJK makanan yang bertugas semasa program tersebut.


Tanam Pokok anjuran DBKL


Pada 28 April 2012 (Sabtu) sebahagian daripada ahli jawatankuasa JPP dan guru pelatih telah menyertai Program Tanam Pokok anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).





Program ini disertai oleh 6 orang guru pelatih yang mewakili IPG Kampus Ilmu Khas. Mereka bersama-sama masyarakat menanam pokok bertempat bersebelahan Masjid Az-Zubair. Program bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi.


Di harap program sebegini dapat disertai oleh ramai lagi guru pelatih dalam proses beriteraksi dan bergaul dengan komuniti setempat. dan juga dalam proses untuk melestarikan alam sekitar terutamanya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang telah mengalami aru pemodenan yang pesat. Pokok-pokok telah berkurangan untuk membina kawasan petempatan penduduk. Usaha sebegini dapat menghijaukan alam sekitar untuk generasi akan datang.