Feature Top (Full Width)

Saturday, February 6, 2010

Sekitar Karnival Sukan Kolej Kediaman

Assalamualaikum..

    Hari  ini kolej kediaman telah menganjurkan Karnival Sukan Kolej Kediaman IPG IK 2010. antara peserta yang terlibat adalah pelajar asrama yang terdiri daripada kolej kediaman aman, damai dan sentosa.

antara acara sukan yang dipertandingkan adalah:
 Acara Leaki:
dodgeball
bola jaring
tarik tali

Acara Perempuan:
dodgeball
futsal
tarikh tali
Acara Khas:
Memancing botol

       Karnival sukan ini telah dirasmikan oleh En. Baharuddin, pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Karnival sukan ini telah berlangsung dengan meriahnya.Karnival ini banyak memberikan manfaat kepada semua yang terlibat terutama dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

       Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengerusi Biro Kediaman saudara Amir Amjad dan Timb. Pengerusi Kolej Kediaman saudara Aini kerana telah berjaya menganjurkan karnival ini dengan jayanya dan tidak dilupakan juga kepada pasukan yang memenangi acara yang telah dipertandingkan. Diharap penganjuran seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun hadapan.