Feature Top (Full Width)

Wednesday, September 19, 2012

Merdeka Raya IPG IK

Salam semua...
Pada 11 september telah diadakan perhimpunan rasmi bulanan bagi bulan September bertemakan bulan kemerdekaan.
 Warna tema bagi bulan kemerdekaan ini adalah warna biru.
Semua pelajar dan pensyarah digalakkan memakai pakaian berwarna biru.


 Acara pada hari itu dimulakan dengan perarakan bermotosikal oleh guru-guru pelatih dengan membawa dan mengibarkan jalur gemilang.



Pada majlis tersebut juga terdapat persembahan daripada guru-guru pelatih antaranya persembahan video janji ditepati, persembahan montaj, boria, deklamasi sajak kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik.





Acara pada hari itu di meriahkan lagi dengan jamuan Merdeka Raya.
Walaupon hujan turun dengan lebat, namun majlis jamuan raya tetap diteruskan dengan jayanya.
Pelbagai juadah disediakan mengikut jabatan.
Antara juadah yang disediakan adalah nasi impit, sate, bihun sup, kuih muih, buah-buahan dan minuman.
Untuk menerapkan budaya lestari, semua pelajar diwajibkan membawa bekas makanan masing-masing bagi mengurangkan penggunaan polisterina dalam kawasan kampus.




Ilmu Khas Carnival of Nasyid (I-CON '12)


nantikan kemunculan Dr. Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha di IPG Kampus Ilmu Khas Oktober ini...dalam I-CON '12

Monday, September 10, 2012

Jamuan Merdeka Raya







Sunday, September 9, 2012

Perhimpunan rasmi bulan september 2012


Warna tema: Biru

Mohon kerjasama semua pelajar untuk membawa bendera Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut. 




Monday, September 3, 2012

Makluman sempena bulan kemerdekaan

Assalamualaikum,..
Salam 1 Malaysia.

 Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke-55 iaitu bermula pada 15 ogos hingga 15 septermber 2012, Kelab Rukun Negara IPG Kampus Ilmu Khas menganjurkan beberapa aktiviti untuk semua pelajar iaitu:

  1. Menghias kelas masing-masing dengan menggantung bendera Jalur Gemilang dan hiasan berbentuk gantungan yang sesuai tanpa membuat tampalan-tampalan pada dinding



 2. Kuiz kemerdekaan akan dijalankan pada:

Tarikh: 10 September 2012
Tempat: luar Galeri Rafie Mahat

 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Ilmu Khas. Jom uji pengetahuan sejarah dan kemerdekaan negara dengan menyertai kuiz ini.


Daripada:
kelab rukun negara