Feature Top (Full Width)

Monday, April 14, 2014

Perhimpunan Bulanan April 2014




https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/t34.0-12/10268649_10204010729375724_169719945089625037_n.jpg?oh=e916a0727bbf91675f02cc65f1871605&oe=534D5817&__gda__=1397570220_91adff7dbd075157179c9388bf5861c7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhimpunan Bulanan IPIK bagi bulan April telah diadakan pada 8 April 2014. Perhimpunan ini telah dikelolakan oleh para pelajar PPISMP Semester 2 dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah dari dua jabatan iaitu Jabatan Matematik dan Sains, dan juga Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan. Tema yang telah dipilih bagi perhimpunan pada kali ini ialah “Simbiosis: Keakraban Interaksi”. Tema ini secara amnya membawa maksud kerjasama antara dua pihak yang membawa kepada keuntungan dan saling melengkapi. Secara khususnya pula, tema ini menceritakan tentang kerjasama yang telah dijalankan oleh kedua-dua jabatan ini bagi merealisasikan perhimpunan bulanan IPIK pada kali ini.

Ketibaan tuan Pengarah pada hari tersebut telah diiringi oleh iringan "live band" yang terdiri daripada pelajar-pelajar Semester 2 Jabatan Pendidikan Muzik. Setelah nyanyian lagu "Negaraku" dan bacaan ikrar rukunegara, majlis telah dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Jabatan Matematik dan Sains, Puan Hajah Khalidah binti Othman. 

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan mesra oleh Timbalan Pengarah IPIK yang baru iaitu Dr. Roziah binti Abdullah. Dalam ucapannya, beliau telah menegur tentang budaya memberi salam yang kurang diamalkan di kampus ini. selain itu juga, beliau telah memberikan penerangan yang mendalam tentang aspek berpakaian yang betul bagi seorang guru pelatih. Dalam ucapannya juga, beliau telah mewajibkan pemakaian kad matriks dan tanda nama ketika berada di dalam kampus bagi mengatasi masalah kehilangan barangan berharga yang akan berkuatkuasa pada minggu hadapan.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tuan Pengarah. Dalam ucapannya, beliau telah mengumumkan nama empat orang pensyarah yang telah berjaya melayakkan diri sebagai penerima anugerah "Pensyarah Cemerlang". Beliau juga turut mengumumkan bahawa bermula pada 14 April ini akan diadakan temuduga dan ujian kecergasan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang memohon untuk melanjutkan pelajarn di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Dalam slot Pengucapan Awam pula, Mohamad Hanis bin Harani dari kelas G3.8 dan juga Wan Muhamad Fahmi bin Wan Marzuki dari kelas G2.9 telah mengetengahkan topik bertajuk teknologi dan kepentingannya.Mereka turut menyentuh tentangkepntingan teknologi kepada para pelajar.  Kemudian, perhimpunan disusuli dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Semester 2 Jabatan Pendidikan Muzik dengan lagunya “Laskar Pelangi”. Setelah itu, acara penyampaian sumbangan kepada para-pelajar yang ditimpa musibah telah diadakan, seterusnya mengakhiri perhimpunan bulanan IPIK bagi bulan April ini.