Feature Top (Full Width)

Friday, September 20, 2013

KEMPEN 1 MOTOR 1 JANTINA





Secara rasminya pada 18 September 2013 yang lalu, Kempen “1 Motor 1 Jantina ‘ oleh Exco Kerohanian, Moral dan Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mula dijalankan di IPG Kampus Ilmu Khas. Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam diri setiap warga IPIK tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar. Kebanyakan warga IPIK kurang mendapat kesedaran tentang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya isu pelajar berlainan jantina membonceng motosikal bersama-sama yang semakin berleluasa dalam kawasan kampus. Dengan moto ‘1 Motor 2 Jantina Bukan Budaya Guru’ diharapkan agar kempen ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang adab dan batas pergaulan yang dianjurkan agar sesuai dengan konteks sebagai seorang guru. Beberapa buah banner dan banting telah dinaikkan di kawasan sekitar kampus seperti di laluan utama dan kawasan yang menjadi tumpuan pelajar memarkir motorsikal.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.

Nor come nigh to adultery: for it is a shameful (deed) and an evil, opening the road (to other evils)”.

Surah Al-Israa’ ayat 32 

Thursday, September 19, 2013

KEJOHANAN RAGBI




Saturday, September 14, 2013

Minggu Kokurikulum, Integriti dan Budaya 2013.



Bakal menggegarkan IPG Kampus Ilmu Khas bermula 21 September 2013 hingga 28 September 2013!!!




Pelbagai aktiviti menarik yang menanti warga IPGKIK.

Antaranya....

Pertandingan Permainan Sempena Minggu Kokurikulum 2013Tarikh: 24-26 September 2013Permainan yang dipertandingkan:a) Futsal (L + W)b) Bola Tampar (L + W)c) Bola Baling ( L + W)d) Bola Jaring (W)e) "Blind Football" (L)

Acara pertandingan terbuka kepada semua pelajar IPGKIK sepenuh masa (PPISMP dan PISMP)

*Dapatkan borang dan maklumat lanjut pertandingan di unit kokurikulum.