Feature Top (Full Width)

Wednesday, September 19, 2012

Merdeka Raya IPG IK

Salam semua...
Pada 11 september telah diadakan perhimpunan rasmi bulanan bagi bulan September bertemakan bulan kemerdekaan.
 Warna tema bagi bulan kemerdekaan ini adalah warna biru.
Semua pelajar dan pensyarah digalakkan memakai pakaian berwarna biru.


 Acara pada hari itu dimulakan dengan perarakan bermotosikal oleh guru-guru pelatih dengan membawa dan mengibarkan jalur gemilang.



Pada majlis tersebut juga terdapat persembahan daripada guru-guru pelatih antaranya persembahan video janji ditepati, persembahan montaj, boria, deklamasi sajak kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik.





Acara pada hari itu di meriahkan lagi dengan jamuan Merdeka Raya.
Walaupon hujan turun dengan lebat, namun majlis jamuan raya tetap diteruskan dengan jayanya.
Pelbagai juadah disediakan mengikut jabatan.
Antara juadah yang disediakan adalah nasi impit, sate, bihun sup, kuih muih, buah-buahan dan minuman.
Untuk menerapkan budaya lestari, semua pelajar diwajibkan membawa bekas makanan masing-masing bagi mengurangkan penggunaan polisterina dalam kawasan kampus.




No comments: