Feature Top (Full Width)

Wednesday, March 12, 2014

Sumbangan Untuk Pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Untuk pengetahuan semua, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas sedang menjalankan program bersama Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, iaitu sekolah untuk pelajar-pelajar miskin dan gelandangan. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 6 tahun sehingga remaja berusia 20 tahun. Program ini akan berlangsung sehingga esok, 13 Mac 2014 (Khamis).

Justeru, pihak institut ingin menyeru kepada para guru pelatih sekalian untuk menghulurkan sumbangan buat mereka.  Sebarang sumbangan berbentuk wang ringgit, pakaian, mainan, mahupun barang-barang harian seperti berus gigi, beg, syampu,  dan sebagainya adalah amat dialu-alukan. Segala sumbangan perlu diserahkan pada pagi esok 13 Mac 2014 di Jabatan Teknologi Maklumat kerana pada petang harinya akan diadakan majlis penutupan program dan segala sumbangan akan disampaikan dalam majlis tersebut.

Marilah sama-sama menyumbang bagi meringankan beban para pelajar ini, supaya mereka dapat merasai kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sumbangan kecil yang anda hulurkan, amat besar ertinya buat mereka.

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. 

Riwayat Bukhari dan Muslim 

Jadi apa tunggu lagi? Marilah menderma! Insya-Allah, takkan rugi punyaaa.. ^_^


No comments: