Feature Top (Full Width)

Wednesday, March 12, 2014

Perhimpunan Bulanan Bulan Mac 2014


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..






Pada 4 Mac 2014 yang lalu, perhimpunan bulanan IPGKIK bagi bulan Mac telah berjaya dianjurkan dengan tema " Bertonggak Pemodenan, Hidup dikandung Adat". Perhimpunan tersebut telah dikelolakan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu.

Secara umumnya, tema yang dibawakan pada kali ini menyentuh tentang kelangsungan adat dan tradisi yang semakin pudar marcapada ini dimana ia tidak seharusnya berlaku. Maka, pada perhimpunan ini, warga IPGKIK telah dapat menyaksikan pertembungan dua zaman ketika persembahan diadakan. Pertembungan yang dimaksudkan ialah diantara muzik moden dan tradisional. Pada hari tesebut, buat julung-julung kalinya para hadirin telah dihidangkan dengan persembahan mantap dikir barat yang diselang-selikan dengan persembahan muzik moden daripada pelajar-pelajar IPGKIK.




Satu slot baru juga telah diperkenalkan dalam perhimpunan tersebut iaitu slot pengucapan awam. Slot ini telah diwujudkan bagi memberikan peluang kepada para pelajar di institut ini untuk berkongsi idea mahupun melahirkan buah fikiran mereka dengan cara yang terbuka dan berhemah. Pengucapan awam ini diadakan di dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.



Selain itu, penyampaian anugerah turut diadakan bagi menghargai jasa para pensyarah dan juga pelajar yang telah mengharumkan nama institut dalam pelbagai bidang.










Dalam perhimpunan tersebut juga, satu majlis yang begitu signifikan telah diadakan iatu majlis penyampaian watikah perlantikan kepada ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2014/2015 yang telah pun dipilih ketika Pilihanraya Kampus tempoh hari.  Berikut merupakan momen-momen ketika majlis tersebut diadakan:




bacaan ikrar JPP

Ucapan YDP JPP


Diharapkan barisan kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru ini dapat membantu memacu institut ke arah yang lebih baik dan mapan. Selamat menjalankan tugas kepada semua yang telah terpilih! ^_^


No comments: