Feature Top (Full Width)

Saturday, July 6, 2013

#NUKILAN 1 : SYAIR BARIS BELAKANG



Awal Bismillah fakir bukakan
Kepada Allah mohon lapangkan
Andai wujud silap ungkapan
Maaf dahulu fakir hulurkan

Tersebutlah kisah sebuah negeri
Pusatlah ilmu serata mencari
Aman damai, sentosa hari
Bahagia tenang, tiada cemari

Negerinya nyaman, alam sekitar
Bernaung segala pemuda yang pintar
Raja mentadbir tiada sebentar
Sekelian jelata tunduk dan gentar

Seluruh rakyat dapat kurnia
Bulan-bulanan harta dunia
Namun dinanti penuh setia
Tinggal harapan itulah ia

Cukuplah masa sampai ketika
Pendekar perkasa menyusun seloka
Di alam maya ia meminta
Di alam nyata sepi melata

Lama menanti kunjung tak tiba
Lalu sengsara dek pancaroba
Di dalam gelap meraba-raba
Angkara 'kertas' semua hiba

Sekianlah sudah fakir berperi
Kepada rakan muda bestari
Jika kasihan kepada diri
Hanya kebajikan harap diberi




Yang DiPertua Pelajar

Friday, July 5, 2013

TAKLIMAT PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

PRAKTIKUM FASA 2


Adalah dimaklumkan bahawa pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 akan menjalani Praktikum Fasa 2 pada 14/15 Julai - 19/20 September 2013. Sehubungan dengan itu, satu taklimat kepada pelajar dan pensyarah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

1. Taklimat Pelajar
Tarikh : 8 Julai 2013 ( Isnin )
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail
Masa : 10.30 pagi- 12.00 tengah hari



2. Taklimat Pensyarah
Tarikh : 9 JULAI 2013 (Selasa)
Tempat : Dewan Kuliah, IPGKIK
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari

Sehubungan dengan itu semua pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam Program Praktikum Fasa 2 ini adalah diwajibkan menghadiri taklimat berkenaan.

PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 4 Julai 2013, beberapa wakil JPP IPGKIK termasuk YDP telah mengadakan satu perjumpaan tertutup bersama Pengarah IPGKIK serta Timbalan Pengarah di bilik mesyuarat di pejabat pentadbiran.


Semasa pertemuan dengan Pengarah


Sebanyak lapan perkara yang telah dibincangkan semasa pertemuan yang berlangsung selama satu jam ini.

Berikut adalah respon terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan :

Respon terhadap elaun pelajar PISMP:

Buat pertama kali penyata kewangan diberi untuk disebarkan kepada pelajar. Jika dilihat, Objek Sebagao (OS) 41000 adalah punca kewangan dan bagi elaun PISMP adalah dibawah program 040209. Baki setelah kemaskini adalah sebanyak RM 86 020.20 sahaja sedangkan untuk membolehkan pembayaran elaun dibuat IPG memerlukan lagi RM 4 juta agar semua pelajar PISMP menerima keseluruhan elaun untuk satu semester tanpa gagal. Waran atau peruntukan bagi baki RM 4 juta tersebut akan diterima pada minggu kedua Julai dan akan diproses selama seminggu. Semua IPG akan diberi peruntukan pada masa yang sama. Lingkungan tempoh masa untuk menerima elaun adalah 2 MINGGU dari sekarang.

tambahan :

Pembayaran Elaun Praperkhidmatan secara 2 kali setahun, tidak lebih dari 3 bulan pertama setiap semester. Elaun buku dan sebagainya sekali setahun.

Penyata kewangan



Respon terhadap isu pagar belakang:

Berkenaan pagar belakang, Pengarah bersetuju untuk melanjutkan waktu pagar dibuka sehingga jam 10 malam dan perkara ini akan berkuatkuasa dalam tempoh terdekat agar memudahkan urusan pelajar yang mempunyai urusan di institut.

Respon terhadap isu surat dari Unit Praktikum:

Bagi isu ini, pengarah akan mengetengahkan isu ini kepada ketua Unit Praktikum. Masalah yang dihadapi ialah penggunaan sistem manual serta kakitangan. Mulai bulan hadapan, suatu sistem bahari iaitu Sistem pengurusan Kampus (SPK) akan dibangunkan secara berperingkat yang akan menghubungkan semua Jabatan dan Unit di institut. Sistem ini adalah termasuk untuk Semakan Keputusan Peperiksaan.

Respin terhadap isu cuti Hari Raya: 

Cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bermula pada 3hb Ogos 2013, termasuk cuti intra-sem.

 "Well done is better than well said"