Feature Top (Full Width)

Saturday, January 8, 2011

Pilihan Raya Kampus!!


Assalamualikaum wbt..
Merujuk kepada perkara di atas, Pilihan Raya Kampus (PRK) dijangka akan diadakan awal bulan febuari nanti. Ini bermakna Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2011 akan melepaskan jawatan mereka tidak lama lagi bagi memberi laluan kepeda muka-muka baru untuk menerajui tampuk kepimpinan pejajar IPG Kampus Ilmu Khas..  


PRK amat penting bagi menentukan barisan kepimpinan akan datang dan kita sebagai pelajar berhak memilih pemimpin yang dirasakan sesuai dan layak untuk memimpin pelajar di bumi IPGKIK ini. Jadi kita calonkanlah dan undikanlah sahabat kita yang dirasakan sesuai kerana kepimpinan JPP memberi kesan yang banyak dalam suasana pembelajaran di sini. Jadi fikir-fikirkanlah calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihanraya kali ini kerana ianya merupakan satu kewajipan kepada kita semua dalam menentukan pemimpin yang bertanggungjawab untuk memimpin kita semua

Setakat itu dahulu perkembangan PRK IPGKIK untuk kali ini. Saya akan cuba update dari masa ke masa tentang PRK

Wasalam

-dari pelajar untuk pelajar- 







3 comments:

echa said...

ha! macam mana nak mengundi ni?

Bro Zepy said...

undilah pemimpin pilihan yg terbaik

Atikah Azmidi said...

buatlah pilihan yang bijak..