Feature Top (Full Width)

Wednesday, June 15, 2011

JADUAL WAKTU KULIAH SEMESTER DEPAN

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Maaf kerana keterlewatan menerbitkan jadual ini.
Jadual-jadual waktu sesi kuliah pada semester hadapan telah ditampalkan di papan kenyataan pada 13 Jun 2011. Terima kasih kepada sahabat yang prihatin tentang hal ini yang bertanyakan kepada admin tentang adakah jadual kuliah pada semester hadapan boleh didapati di portal rasmi IPIK & bagaimana untuk login ke dalam portal tersebut.

Selepas bertanya dan berbincang dengan pihak HEP tentang jadual kuliah, ianya masih belum difinalise lagi, kerana ada 1 batch lagi belum ada jadual kuliahnya, iaitu PISMP sem 2 Ambilan Januari 2011. Untuk itu, saya meminta admin portal rasmi IPIK supaya jadual yang telah lengkap diterbitkan di portal rasmi tersebut untuk memudahkan pelajar merujuk jadual waktu kuliah. Namun begitu, perkara ini masih lagi belum dapat disahkan kerana admin portal berkenaan masih lagi bercuti dan permintaan kita supaya jadual berkenaan diterbitkan di portal rasmi IPIK disalurkan melalui emel beliau sahaja.

Buat sementara waktu, JPP mengambil inisiatif supaya menerbitkan jadual waktu kuliah semester hadapan kepada kita semua, walaupun tidak mendapat salinan jadual dari pihak yang berkenaan, tetapi masih banyak cara lagi untuk kita mendapatkannya. Mohon maaf sekiranya imej kurang jelas. Kami harap perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu :)

PPISMP SEM 1 AMBILAN JUN 2011


PPISMP SEM 3 AMBILAN JUN 2010


PISMP SEM 4 AMBILAN JANUARI 2010


PISMP SEM 6 AMBILAN JANUARI 2009



PISMP SEM 8 AMBILAN JANUARI 2008


Setakat ini yang termampu dari kami, jadual PISMP Sem 2 Ambilan Januari 2011 belum dikeluarkan lagi. Harap maaf dengan segala kekurangan.

-Renungan-

Sabda Nabi Muhammad S.A.W,

"Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang berjalan ke sana ke mari menyebarkan namimah ( fitnah ), yang memecah-belah di antara orang-orang yang bersaudara, yang mencari-cari kesalahan dari orang yang tidak bersalah"
( H.R At- Thabrani dan Ahmad )

No comments: