Pada hari sabtu minggu terakhir bulan Mac akan diadakan kempen Earth Hour disertai oleh semua penduduk Bumi di seluruh negara. Kita seringkali mendengar perkataan EARTH HOUR, dan bila di tanya apa itu earth hour, ramai yang akan menjawab bergelap selama sejam, tutup lampu. Namun apa sebenarnya tujuan earth hour ini dan bagaimana ianya bermula?
Tentang Earth Hour
Sejarah penubuhan Earth Hour ini bermula pada awal tahun 2007 , WWF-Australia yang di ilhamkan di Sydney menunjukkan sokongan mereka untuk bertindak terhadap perubahan iklim dalam acara yang di panggil “Jam Bumi”.Ia menunjukkan bahawa semua orang dari peringkat kanak-kanak , CEO dan tidak ketinggalan ahli politik mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami dengan cara tersendiri.
Dikatakan di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 permis perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk memberi sokongan terhadap kempen Earth Hour ini dalam untuk mengurangkan kesan perubahan iklim yang ketara ini.
Pada tahun 2008 rancangan ini di perluas ke seluruh Australia pula. Oleh kerana kesan hebahan yang sangat hebat di Kota Toronto, Kanada dan 35 buah negara yang lain turun serta dalam program ini. Ia melibatkan hampir 400 bandar dan pekan di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk ‘mematikan lampu’ diperluaskan kepada semua negara di seluruh dunia, Earth Hour dengan cepat telah menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap hujung bulan Mac.
Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara ‘matikan lampu’ selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru yang akan memberi kesan pada masa depan untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim.
Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mampan.
Tarikh Langsung : 31 Mac 2012
Hari Langsung : Sabtu
Masa Lansung : 8.30 mlm – 9.30 mlm
Laman web : http://www.earthhour.org
Facebook : http://www.facebook.com/ earthhour
Twitter : https://twitter.com/earthhour
Marilah kita sama-sama menyokong usaha sebegini dalam memaksimumkan penggunaan elektrik bagi menjaga keadaan bumi yang kian parah ini. Sebagai penduduk dunia yang prihatin, jom beramai-ramai menyokong kempen EARTH HOUR.
No comments:
Post a Comment