Feature Top (Full Width)

Tuesday, January 8, 2013

JPP BANGKIT !


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



 Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan mahasiswa pendidik sekalian..

Agak berat tajuk post kali ini untuk diterima dan diadaptasi dalam konteks kehidupan kampus Institut Pendidikan Guru, kerana biasanya terma 'BANGKIT'  ini hanya biasa kita dengar dan lihat digunakan oleh mahasiswa-mahasiswa di Universiti utama di Malaysia.

Tidak begitu sebenarnya.
Siapa saja perlu bangkit.

Bangkit dari kelesuan.

Bangkit dari sifat bermalas-malas kepada perubahan dan rajin bekerja.

Bangkit dari rasa rendah diri kepada berkeyakinan.

Bangkit dari keterpurukan pemikiran jahil kepada insan yang berilmu.

Bangkit dari kebejatan sahsiah dan akhlak kepada individu yang mulia.

Bangkit dari keterlanjuran khilaf kepada azam dan praktik cara hidup yang lebih baik.

Bangkit dari berpeluk tubuh hanya melihat kepada cuba berbuat sesuatu atas masalah yang berlaku.


Dalam konteks yang ingin diperjelaskan dalam post kali ini, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang bertanggungjawab khusus kepada segala perihal kebajikan dan hal ehwal pelajar khususnya telah menunjukkan kredibiliti yang cukup tinggi dan menunjukkan akan sentiasa ada perkara baharu yang ditampilkan pada setiap kali pertukaran tampuk kepimpinan yang baru dan usaha penambahbaikan akan suatu perkara yang sedia ada.

Sememangnya kita sentiasa mengukur kejayaan sesuatu perkara dengan hasilnya. Namun, harus diingat, usaha juga merupaka kunci kepada sesuatu kejayaan. 



Setiap daripada kita punya visi dan matlamat tersendiri serta sudah tentu ada perancangan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Ada juga yang berusaha bermati-matian, tetapi masih tidak berjaya, ada pula yang langsung tidak berusaha, tapi boleh berjaya.

Daripada hal ini, kita boleh menilai yang manakah lebih memberikan kesan yang positif yang lebih efektif kepada pembangunan dan kebaikan kepada diri kita sendiri dalam lebih banyak aspek. 

Jika kita berjaya, tapi usaha kita tidaklah seberapa, boleh jadi ianya suatu kebetulan, kebijaksanaan yang tidak memberikan rangsangan kepada pembangunan sahsiah dan motivasi diri dan tidak memberikan pengalaman yang sangat diperlukan sebagai bekalan kita untuk menghadapi masa hadapan.

Namun begitu, cuba kita renungkan sejenak akan usaha yang sangat baik yang dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat, namun kurang berjaya dan membuahkan hasil yang baik. 



Hal ini sebenarnya banyak memberikan bonus kepada kita sebagai pelaku usaha tersebut, kerana ianya mampu memberikan banyak faktor yang membawa kita kepada pembangunan dari pelbagai aspek.

Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, untuk menghadapi kegagalan dan sebarang halangan untuk mencapai matlamat. Apabila kita sudah biasa menghadapi semua ini, tidak menjadi masalah besar untuk kita menghadapi pelbagai lagi masalah pada masa akan datang. 

Apabila kita menghadapi akan sesuatu kegagalan, itu bermakna kita perlu mencari jalan penyelesaian dan alternatif untuk cuba memastikan apa yang telah kita buat sebelum ini tidak berulang lagi. Bermakna sudah ada inovasi, idea dan pemikiran baru yang telah dikeluarkan.


Apa yang paling berharga ialah kita memperolehi pengalaman yang sangat berharga, kerana ianya akan lebih memberikan satu kepuasan, sekiranya kita merasai sendiri hasil sesuatu yang kita lakukan baik berjaya atau tidak dengan usaha sendiri setakat kita kita mampu lakukan, berbanding menikmati kejayaan yang bukan atas usaha kita sendiri, tapi berbangga pula dengan kejayaan itu, sedangkan usahanya bukan datangnya dari titis peluh dan kudrat diri sendiri.


Atas kesedaran inilah, JPP bangkit untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat yang kita semua ingin nikmati, dengan penglibatan seluruh mahasiswa pendidik baik di dalam mahupun luar kampus serta warga kampus yang lain dan juga masyarakat setempat.

Sepanjang 5 tahun ini, sudah banyak kejayaan dan usaha yang telah dilakukan semampunya oleh pihak JPP khusus untuk kebaikan yang akhirnya akan dinikmati bersama.

MOHD.EHSAN SAAD ( kedua dari kanan)
YDP JPP 2007-2009 

KAMARUL SYUKRI KAMARUZZAMAN (baju merah)
YDP JPP 2009-2011

MOHD HUZAIFI SULAIMAN ( kiri Sham Kamikaze)
YDP JPP 2011-2012

ASRUL BIN SAMAT (kedua dari kiri)
YDP JPP 2012-2013



Legasi demi legasi yang ditinggalkan oleh setiap barisan kepimpinan yang bertukar setiap sesi serta akan ada pembaharuan dan penambahbaikan yang akan diwujudkan pada setiap kali bertukarnya tampuk kepimpinan.


Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  imam Bukhari :

لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah.

Oleh yang demikian, segala usaha murni yang telah diusahakan, tidak akan terputus selagi mana wujudnya kesedaran dan keberanian daripada kita semua untuk mennyatakan kebenaran dalam menuntut sesuatu yang mana kita berhak untuk memiki dan menikmatinya. 

Akan ada yang akan meneruskan perjuangan untuk mencegah kepada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan norma dan nilai kebaikan dalam diri setiap manusia, lebih-lebih lagi sebagai seorang pendidik yang bercita-cita untuk membangunkan sesebuah generasi, masyarakat dan seterusnya membangunkan negara dengan nilai-nilai yang baik, kenapa tidak nilai-nilai tersebut dipasak terlebih dahulu kepada diri kita sendiri. 

Dan perkara inilah yang perlu diperingatkan kepada kita semua, kerana sifat pelupa dengan manusia itu tidak dapat dipisahkan.



Jangan pernah takut untuk menyatakan kebenaran, selagi mana kita yakin kita berada di pihak yang benar dan tidak boleh disanggah apa yang kita lakukan, selagi mana ia tidak bertentangan dengan perkara yang memudharatkan, tetapi memberikan manfaat kepada banyak pihak.

Bangkit JPP, bangunkan generasi berpendidikan masa hadapan dengan membina generasi pendidik pada hari ini.




No comments: