Feature Top (Full Width)

Tuesday, July 9, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN 1434 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Puasa dari segi bahasa ialah menahan diri. Dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada perkara – perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengaharapkan keredhaan Allah. Berpuasa pada bulan Ramadhan hukumnya wajib (fardhu ain) berdasarkan al-Quran, al-hadis dan ijmak ulama.

Dalil al-Quran :


Dalil Hadis
Sabda Rasulullah SAW
“ Diasaskan islam atas lima dasar : Penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

Syarat Wajib Puasa
1.      Islam
2.      Baligh
3.      Berakal
4.      Berkemampuan
5.      Bermukim
6.      Suci

Syarat Sah Puasa
1.      Islam
2.      Berakal dan Mumaiyiz (tahu membezakan antara baik dan buruk)
3.      Suci daripada haid dan nifas
4.      Masuk bulan Ramadhan








SELAMAT BERPUASA! 



Saturday, July 6, 2013

#NUKILAN 1 : SYAIR BARIS BELAKANG



Awal Bismillah fakir bukakan
Kepada Allah mohon lapangkan
Andai wujud silap ungkapan
Maaf dahulu fakir hulurkan

Tersebutlah kisah sebuah negeri
Pusatlah ilmu serata mencari
Aman damai, sentosa hari
Bahagia tenang, tiada cemari

Negerinya nyaman, alam sekitar
Bernaung segala pemuda yang pintar
Raja mentadbir tiada sebentar
Sekelian jelata tunduk dan gentar

Seluruh rakyat dapat kurnia
Bulan-bulanan harta dunia
Namun dinanti penuh setia
Tinggal harapan itulah ia

Cukuplah masa sampai ketika
Pendekar perkasa menyusun seloka
Di alam maya ia meminta
Di alam nyata sepi melata

Lama menanti kunjung tak tiba
Lalu sengsara dek pancaroba
Di dalam gelap meraba-raba
Angkara 'kertas' semua hiba

Sekianlah sudah fakir berperi
Kepada rakan muda bestari
Jika kasihan kepada diri
Hanya kebajikan harap diberi




Yang DiPertua Pelajar

Friday, July 5, 2013

TAKLIMAT PRAKTIKUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

PRAKTIKUM FASA 2


Adalah dimaklumkan bahawa pelajar PISMP Ambilan Januari 2011 akan menjalani Praktikum Fasa 2 pada 14/15 Julai - 19/20 September 2013. Sehubungan dengan itu, satu taklimat kepada pelajar dan pensyarah akan diadakan seperti ketetapan berikut:

1. Taklimat Pelajar
Tarikh : 8 Julai 2013 ( Isnin )
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail
Masa : 10.30 pagi- 12.00 tengah hari



2. Taklimat Pensyarah
Tarikh : 9 JULAI 2013 (Selasa)
Tempat : Dewan Kuliah, IPGKIK
Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengah hari

Sehubungan dengan itu semua pelajar dan pensyarah yang terlibat dalam Program Praktikum Fasa 2 ini adalah diwajibkan menghadiri taklimat berkenaan.