Feature Top (Full Width)

Monday, March 1, 2010

analisis undian

   
Sedikit rumusan mengenai keputusan undian yang yang telah di jalankan berkaitan dengan pasukan atau rumah manakah yang bakal di nobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kejohanan sukan olahraga tahunan pada tahun ini. 

Berikut adalah keputusan undian



IKHLAS 39%PADU 8%MAJU 29%KAMIL 29%

    Sedikit kekecewaan kerana jumlah yang mengundi amatlah sedikit. Walaubagaimanapun, penulis yakin perkara ini berlaku kerana wireless di asrama amatlah teruk. 


IKHLAS


Seperti mana yang di duga Rumah IKHLAS mendapat undian yang tertinggi. Kekuatan rumah IKHLAS tidaklah perlu dipersoalkan lagi kerana rumah IKLHAS seimbang dari aspek sukantara dan kekuatan atletnya yang menyinar sewaktu  sukan KOT. Pada pendapat saya, rumah IKHLAS pada tahun ini berpeluang cerah untuk mempertahankan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut dan akan mendapat saingan yang hebat daripada rumah PADU dan KAMIL. Bagi pendapat saya, kelebihan rumah IKHLAS adalah daripada penglibatan semua ahli dalam acara sukantara yang  merupakan penyumbang mata terbesar bagi kejohanan sebelum ini. Rumah IKHLAS akan muncul juara jika setiap ahli menunjukkan komitmen yang tinggi seperti tahun-tahun sebelum ini.


PADU
   

Hasil undian, rumah PADU berkongsi kedudukan dengan rumah MAJU. Seperti rumah IKHLAS, rumah maju juga berpeluang cerah untuk muncul juara kerana dibanjiri ramai atlet yang berwibawa. Walaubagaimanapun, pada tahun ini, peluang rumah PADU untuk muncul juara sedikit tergugat kerana Olahragawan pada tahun lepas iaitu Abe Wan dari KSPK tidak lagi dapat membantu untuk pungutan mata bagi rumah PADU pada tahun ini. Kelemahan yang ketara bagi rumah PADU sebelum ini adalah daripada pungutan mata untuk acara sukantara. Jika di lihat sebelum ini, rumah PADU amat jauh ketinggalan pungutan mata dalam sukantara berbanding rumah IKHLAS dan KAMIL Walaupun dibanjiri atlet yang berwibawa, tetapi ia belum cukup untuk membantu muncul sebagai juara keseluruhan. Walaubagaimanapun, penulis berpendapat, pada tahun ini rumah PADU akan memberi saingan yang sengit dan mempunyai harapan yang cerah untuk muncul juara.

MAJU
   

Agak mengejutkan kerana Rumah MAJU boleh di anggap mendapat undian yang tinggi. Jika di lihat sebelum ini, rumah maju gagal memberi saingan yang sengit kepada rumah-rumah yang lain. Walaupun sebelum ini rumah maju sepi tanpa sorokan berbanding rumah lain, penulis percaya pada kali ni pasukan rumah MAJU akan memberikan sorokan gemuruh kepada atletnya kerana telah muncul atlet berwibawa rumah MAJU daripada batch junior. Pasukan lain tidak boleh pandang rendah pada keupayaan rumah MAJU pada tahun ini

KAMIL
   

Penulis agak terkejut apabila jumlah undian menunjukkan KAMIL berada di tempat paling bawah. Ini kerana, rumah KAMIL adalah naib johan pada edisi lepas dan mereka turut seimbang dari segi keupayaan atlet dan sukantara. Pada kali ini, penulis merasakan rumah KAMIL akan memberi saingan yang sengit kepada rumah IKHLAS untuk meramapas kedudukan selaku juara keseluruhan.

No comments: