Feature Top (Full Width)

Monday, March 1, 2010

aPaKaH HaK KaNaK-KaNaK??


Firman Allah yang bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.


Pertamanya Alfatihah buat adik Syafiah Humairah yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia yang masih muda..


Kes 'pembunuhan' adik Syafiah mengejutkan pelbagai pihak. Apa tidaknya, jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang begitu menyentuh hati kita dan sekarang timbul pula kes seorang lelaki yang kononnya 'bapa tiri' sanggup memukul kanak-kanak yang hanya  baru berusia 3 tahun sampai mati! seorang lelaki yang dikatakan 'bapa tiri' sanggup membunuh 'anaknya'?!!! Apakah dosa seorang anak ini??! adakah kerana kedegilan atau kenakalan seorang kanak-kanak dihukum sebegitu rupa oleh orang dewasa?? adakah ini perbuatan waras?? Apakah tahap kekejaman orang yang sanggup melakukan perbuatan ini??


Sekarang, begitu banyak jenayah yang berlaku di negara kita.. selepas ini apakah kejutan yang bakal diterima oleh negara kita?? gempa bumi berlaku di mana-mana sekarang ini akibat daripada bumi sudah tidak dapat menerima penduduk tersebut kerana kemaksiatan, penipuan, jenayah dan banyak lagi perkara kemungkaran yang dilakukan. Adakah kita lupa antara salah satu tanda-tanda kiamat adalah kerap berlaku gempa bumi di sana sini?? 

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

Mengapa semua jenayah makin lama makin menunjukkan tahap yang membimbangkan??

Kanak-kanak mempunyai hak. kedegilan atau kenakalan mereka membuktikan bahawa mereka adalah kanak-kanak normal, cergas, cerdas dan sihat.
mereka mempunyai hak.. kita perlu bersabar dalam melayan karenah mereka.


Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:

1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara

2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.

3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan.


4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian. 


Renung-renungkanlah..
Kita sebagai guru yang mengajar anak-anak nanti perlu bijak mengawal perasaan dan mesti bijaksana dalam membezakan hal-hal peribadi dengan tanggungjawab sebagai seorang guru.
Merekalah yang bakal memimpin kita suatu hari nanti dan mereka mempunyai hak..


walaupun saya amat mengutuk perbuatan 'bapa tiri' adik syafiah, tetapi saya tetap berharap kepada 'bapa tiri' tersebut supaya bertaubat dan belum terlambat lagi kerana Allah maha menerima taubat dan maha pemurah.



sekian..

No comments: