Feature Top (Full Width)

Sunday, January 2, 2011

SelamaT KembaLi!!


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. tahun baru sudah menjelma. segala pengalaman pahit manis dan memori indah tahun 2010 akan sentiasa kekal dihati. Esok akan bermulanya kuliah, esok juga akan bermulanya kelas tanpa pengarah yang di sayangi iaitu Puan Noorul Aini. Mungkin sahabat masih tertanya siapa pengarah baru yang akan memimpin IPGKIK? Nampaknya kita masih belum berpengarah dan gosip-gosip tentang siapa yang bakal menjadi pengarah baru masih belum kedengaran lagi. 


Bagaimana pula dengan senior yang telah menamatkan pengajian mereka pada tahun ini? Nampaknya masih samar lagi. Posting mereka masih belum diketahui lagi. Ini serba sedikit menimbulkan rasa tidak sedap hati kepada semua pelajar institut perguruan di seluruh Malaysia. Pelbagai gosip yang kedengaran, ada yang kata posting mereka pada bulan pertengahan bulan 1, pada bulan 3 dan yang paling lama bulan 6. Tidak kurang juga yang berkata posting mereka akan diberitahu pada bila-bila masa sahaja. 

Untuk kuliah esok, jadual pembelajaran untuk setiap kelas telah keluar dan ini peranan ketua kelas untuk mengambil jadual tersebut dan memberitahu kepada rakan-rakan sekelas terutama pelajar ppismp sem 2 yang pertama kali merasai peralihan semester dari sem 1 kepada sem 2. Mungkin ada juga kelas akan berubah tempat dan ini juga merupakan peranan ketua kelas.Untuk pelajar asarama pula, jangan lupa melaporkan diri di pejabat asrama di blok Aman untuk mengambil kunci.  


Tahun baru azam baru. Itulah ungkapan yang biasa kedengaran. Tidak salah memasang azam baru dan kita digalakkan untuk memasang azam-azam baru. Biarlah azam baru memberi mamfaat kepada kita semua. Penulis juga berazam untuk memurni blog ini dan penulis amat-amat memohon maaf kepada semua kerana kurang update blog ini. Penulis amat berharap sahabat dapat berkongsi maklumat untuk memurnikan blog ini. Itulah cita-cita dan azam penulis pada tahun ini dan penulis amat berharap akan sokongan  sahabat-sahabat sekalian. Sekian...


Go IPiK Go!!!!



1 comment:

Atikah Azmidi said...

selamat kembali berjuang di medan ilmu, warga IPG Kampus Ilmu Khas..!