Feature Top (Full Width)

Thursday, August 2, 2012

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2012 kategori IPG

Makluman mengenai Petandingan Kuiz Pelaburan PNB 2012 peringkat Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas.



Pertandingan tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00-10.00 pagi
Tempat: Dewan Dato' Razali Ismail



Semua pelajar yang menghuni kolej kediaman diwajibkan hadir. Pelajar-pelajar lain yang berminat juga dialu-alukan untuk mewakili institut untuk ke peringkat akhir kuiz pelaburan PNB yang akan diadakan pada bulan September 2012.


Peringkat kelayakan:

  • Ujian bertulis di seluruh IPG.
  • Jawab 50 soalan dengan pilihan jawapan (A, B, C atau D) dalam tempoh 45 minit.
  • Jawab secara individu.
  • 4 peserta yang mendapat markah tertinggi akan wakili IPG masing-masing untuk ke Peringkat Separuh Akhir.

Skop dan pecahan topik:
  • Kumpulan PNB dan industri unit amanah (30%) 
  • Perancangan Kewangan (20%)
  • Ekonomi (20%)
  • Institusi Kewangan (20%)
  • Pasaran Modal (10%)

Untuk membuat rujukan sebelum menduduki kuiz pelaburan PNB ini, bolehlah membuat rujukan di sini. 




Hadiah lumayan menanti pemenang iaitu....

Kategori Institut Pendidikan Guru RM 8,000.00....!!!


Jika berminat, buat ulangkaji sekarang dan hari sabtu ini jam 9.00 pagi pergi ke Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2012.. IPG Ilmu Khas pernah menjadi naib johan pada tahun 2010 yang diwakili oleh Muhammad Shaleh bin Musa dan Aidatul Amiza Mohd Asri.

No comments: